Peguam Dakwa Jakim Sebar Fahaman Ekstremisme Disiasat Polis

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka mendakwa Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremisme di negara ini.

Eric menerusi catatannya di Twitter menuduh Jakim menyebarkan fahaman pelampau itu pada setiap Jumaat.

"Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia," katanya menerusi Twitter pada Jumaat.

Eric Paulsen

Susulan kenyataan negatif itu, pihak polis kini memulakan siasatan terhadap peguam berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan maksud tuduhannya bahawa penyebaran itu dilakukan pada setiap Jumaat.

Namun umum mengetahui bahawa pada setiap Jumaat umat Islam akan mendengar khutbah yang mengandungi ajaran dan nasihat keagamaan sebelum menunaikan solat Jumaat.

Dakwaan Eric itu ternyata mengundang reaksi netizen yang kebanyakkannya marah dengan tindakanya menyentuh sensitiviti umat Islam.

Sementara itu dakwaan Eric terhadap Jakim dan umat Islam turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitter.

Menurut Khalid, kenyataan tidak bertanggungjawab itu akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

"Kenyataan sebegini memang wajar kita siasat di bawah Akta Hasutan. @PDRMsia akan siasat di bawah Akta Hasutan," tulisnya di Twitter pada Sabtu.

Eric ialah pengasas bersama dan pengarah eksekutif Lawyers For Liberty.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada peguam pasukan pembelaan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tags / Kata Kunci: Eric Paulsen , Akta Hasutan , Jakim

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan