PLKS MyEG: Imigresen Jamin Lebih Mudah, Cepat - Berita Semasa | mStar

PLKS MyEG: Imigresen Jamin Lebih Mudah, Cepat

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 1:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen memberi jaminan bahawa permohonan pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) bagi pekerja asing secara dalam talian melalui perkhidmatan MyEG bertujuan untuk memudahkan urusan majikan.

Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi berkata, ia merupakan sebahagian daripada hasrat jabatan itu untuk mewujudkan ‘silent office’ (pejabat senyap) bagi mempermudahkan orang ramai berurusan tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

“Permohonan menerusi MyEG merupakan satu langkah yang bagus, cuma memerlukan kesedaran dengan menguar-uar kan kebaikannya kepada majikan.

“Majikan tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter kerana boleh buat permohonan secara dalam talian di mana-mana. Ia sebenarnya lebih mudah, cuma mengambil masa untuk majikan faham,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Ditanya mengenai piagam permohonan yang dibuat secara dalam talian, beliau hanya memberitahu kaedah baharu itu lebih cepat dan mudah berbanding di kaunter.

Sakib
Sakib Kusmi.

Baru-baru ini, Jabatan Imigresen mengumumkan permohonan pembaharuan PLKS bagi pekerja asing yang dibuat secara manual di kaunter imigersen akan dihentikan bagi memberi laluan kepada permohonan secara dalam talian menerusi MyEG bermula 5 Januari lalu.

Bagaimanapun ramai majikan menyuarakan rasa tidak berpuas hati terhadap pelaksanaan baharu itu yang diumumkan ‘secara tiba-tiba’.

Malah caj RM38 yang dikenakan bagi setiap permohonan juga tidak munasabah sehingga membebankan majikan terutama bagi yang mempunyai ramai pekerja asing selain sistem MyEG yang didakwa sering tergendala melambatkan urusan.

Sakib berkata, permohonan PLKS di MyEG itu merupakan keputusan kerajaan dan Jabatan Imigresen hanya sebagai agensi pelaksana kepada pelaksanaan baharu itu.

“Pengenalan MyEG di luar kawalan kami. Sebenarnya banyak lagi agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang telah pun menggunakan perkhidmatan MyEG bagi mempermudahkan urusan pelanggan.

“Pelaksanaan ini merupakan ‘proof of concept’ (peringkat pembuktian konsep) sebagai percubaan dalam tempoh tiga bulan. Selepas itu, ia akan dikaji dari segi sambutan, keberkesanannya dan penambahbaikannya,” katanya sambil menambah bahawa sebarang keputusan kajian itu akan diputuskan oleh kerajaan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan