Malaysia Pandang Serius Ancaman Keganasan - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 5:19 PM

Dua bersaudara yang menyerang pejabat akhbar Charlie Hebdo ditembak mati polis Perancis pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Malaysia memandang serius ancaman keganasan yang berlaku di beberapa negara luar pada masa kini dan mengambil langkah proaktif menanganinya termasuk menjalin kerjasama dengan negara lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dengan kejadian terbaru serangan di pejabat majalah satira Charlie Hebdo, di Paris, Rabu lepas, soal keganasan tidak lagi boleh dihadapi secara bersendirian.

"Amat penting kita memperkukuhkan kerjasama antara negara yang mempunyai pendirian sama dalam hal ini termasuk perkongsian maklumat risikan dengan negara yang mempunyai pendirian yang sama.

"Jika kita tahu seseorang itu bakal menjadi pengganas, maka agensi penguat kuasa amat memerlukan maklumat itu supaya tindakan pencegahan perlu diambil sebelum sesuatu kejadian itu berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pusat operasi banjir Parlimen Pekan di Baitul Rahah di sini, Sabtu selepas melawat pusat pemindahan banjir di IKBN Paloh Hinai dan beberapa buah kampung yang terjejas dengan banjir sekitar Pekan.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin.

Najib berkata selain memperkemaskan undang-undang sedia ada, satu akta baharu bagi mencegah ancaman keganasan dan kegiatan militan juga akan dibentangkan di Parlimen, Mac ini.

Beliau berkata langkah itu adalah untuk memberikan lebih kuasa undang-undang kepada pihak berkuasa untuk bertindak dan menjalankan langkah pencegahan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang dipercayai terlibat dengan kegiatan tersebut.

Sebelum itu, Najib bersama Rosmah turut meluangkan masa menyertai gotong royong di Sekolah Kebangsaan (SK) Serambi sebelum menyampaikan bantuan banjir bagi misi bantuan banjir Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dalam bentuk beg dan kasut sekolah kepada kanak-kanak di kampung itu.

Najib kemudiannya melawat SK Padang Rumbia untuk melakukan aktiviti yang sama dan meninjau keadaan banjir di Kampung Lamir Pekan.

Tags / Kata Kunci: keganasan , Charlie Hebdo , Najib Razak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan