PLKS Online Mampu Tangani Penyelewengan, Pendekkan Proses Permohonan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah melaksanakan pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara dalam talian untuk semua jenis pekerjaan mulai 1 Januari lepas, mampu menangani penyelewengan oleh mana-mana pihak.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) pembaharuan PLKS secara dalam talian juga dapat memendekkan tempoh memproses pemohonan kepada satu atau dua hari berbanding sebelum ini, yang antara dua keempat minggu, selain mengurangkan  kesesakan di kaunter Jabatan Imigresen.

Melalui sistem ini, masalah majikan yang dikatakan terpaksa bergantung kepada ejen untuk membuat permohonan juga dapat ditangani, menurut kementerian itu dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Kementerian itu juga berkata kadar caj perkhidmatan dalam talian sistem MyEG sebanyak RM38 juga adalah wajar bagi menampung kos pengoperasian sistem dan urusan perkhidmatan seperti skop perkhidmatan dalam talian, pendaftaran ID dan kata laluan majikan, bayaran penghantaran PLKS 'door-to-door' dan bayaran sita sekiranya pekerja asing bermasalah.

KDN berkata keputusan melaksanakan pembaharuan PLKS secara dalam talian melalui MyEG telah dibuat lebih dua tahun lalu apabila satu perjanjian dimeterai antara kerajaan dan MY E.G Sdn Bhd, dan dilaksanakan secara berperingkat sejak 24 Disember 2012.

"Pengumuman mengenainya telah dibuat dua tahun lalu dan KDN menerima maklum balas daripada pihak industri dan lain-lain dari semasa ke semasa bagi memastikan langkah berkenaan mampu meningkatkan perkhidmatan dan integriti semua pihak yang berkaitan," katanya.

Dua hari lepas, Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) mengatakan ketidakpuasan mereka terhadap langkah terbaharu yang mula dilaksanakan 5 Januari itu, dan mendakwa ia akan menjejaskan perniagaan mereka.

Pembaharuan PLKS secara dalam talian dilaksanakan bermula dengan sektor perkilangan dan perkhidmatan pada 1 Disember lepas, diikuti oleh sektor pertanian, perladangan dan pembinaan pada 17 Disember dan meliputi semua jenis pekerjaan termasuk pembantu rumah asing mulai 1 Januari.

Tags / Kata Kunci: PLKS , MyEG , pekerja asing

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan