Jangan Mempolemikkan Kejadian Kapal Nelayan Ditenggelamkan - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 6:02 PM

Hishammuddin dan isteri, Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah disambut meriah pada majlis perasmian Perhimpunan Jalinan Rakyat anjuran Wanita Umno bahagian Sembrong di Hotel Prime City di sini, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Semua pihak diminta tidak mempolemikkan kejadian sebuah kapal nelayan milik Malaysia yang ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia demi menjaga hubungan baik antara kedua-dua negara, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, pihaknya percaya agensi yang berkaitan dengan perkara itu sudah melakukan siasatan mengenainya dan akan dibawa ke kabinet atau Majlis Keselamatan Negara.

"Kementerian Pertahanan belum menerima laporan terperinci mengenainya.

Walaupun jangan timbulkan polemik, namun, ini tidak bermakna kedudukan hak dan keselamatan, kita akan abaikan," katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Himpunan Jalinan Rakyat Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sembrong, di sini, Sabtu.

Kementerian Luar mengesahkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia dengan nombor pendaftaran PKFA 7738 ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan negara itu dua hari lepas.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno menegaskan amat penting bagi Malaysia menjaga hubungan rapat dengan negara-negara Asean memandangkan Malaysia merupakan Pengerusi Asean tahun ini.

Beliau berkata setakat ini hubungan ketenteraan Malaysia dan Indonesia sangat erat malah beliau dan rakan sejawatannya juga ada berhubung mengenai insiden pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, baru-baru ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan