Skim Insurans Pekerjaan Sedia Dilancar Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 3:00 PM

Richard Riot

Richard Riot

(Ubah saiz teks)

MIRI: Skim insurans pekerjaan yang dicadang bertujuan membantu pekerja yang diberhentikan dijangka dibentang di Parlimen untuk kelulusan pada Mac tahun ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata kertas Kabinet mengenai cadangan itu akan dibincang pada mesyuarat Kabinet yang dijadual diadakan hujung bulan ini.

"Pada asasnya, ia menawarkan manfaat tambahan untuk pekerja yang tidak dilindungi di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui sumbangan daripada majikan dan pekerja," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Terdahulu, Riot menyerahkan cek berjumlah RM7,165.47 kepada sembilan penerima dan dua kerusi roda kepada dua penerima yang dilindungi di bawah skim Perkeso.

Skim insurans pekerjaan diumum semasa pembentangan Bajet 2015 tahun lepas, dengan cadangan untuk memberi bantuan saraan sementara, latihan semula dan mempertingkat kemahiran bagi pekerja yang akan diberhentikan oleh majikan mereka.

Sementara itu, Riot berkata semakan skim gaji minimum telah selesai dan dijangka akan diumumkan pada tahun ini selepas mendapat persetujuan Kabinet.

"Apa yang boleh saya beritahu sekarang ialah terdapat sedikit perubahan, akhirnya majikan dan pekerja telah bersetuju selepas saya bertemu wakil daripada Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan pada Selasa lepas (6 Jan)," katanya tetapi enggan mengesahkan sama ada skim gaji minimum itu akan lebih tinggi daripada skim sekarang.

Gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata, Perkeso akan mengembangkan operasinya di Sarawak dengan membuka pejabat di Mukah dan Limbang pada tahun ini.

"Pejabat Perkeso Mukah akan beroperasi pada 2 Mac 2015 manakala di Limbang dijangka dibuka pada 15 April 2015. Pada masa ini Perkeso mempunyai tujuh pejabat di Sarawak," katanya. 

Tags / Kata Kunci: insurans pekerjaan , Perkeso , Richard Riot

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan