Hospital, Klinik Musnah Akibat Banjir Dianggarkan RM281 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 6:26 PM

Keadaan Klinik Kesihatan Tanah Merah minggu lalu ketika Ketua jururawat Klinik Kesihatan Tanah Merah, Sister Siti Rosina Daut (kanan) bersama Jururawat Masyarakat, Siti Nordiana Ahmad membuat pembersihan dan pemeriksaan di dalam bilik klinik yang turut ditenggelami air.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Kementerian Kesihatan menganggarkan jumlah keseluruhan hospital dan klinik yang musnah akibat bencana banjir di Pantai Timur baru-baru ini adalah sebanyak RM281 juta.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, nilai itu membabitkan kerosakan 60 buah klinik kerajaan dan pelbagai prasarana termasuk beberapa hospital yang musnah akibat bencana berkenaan.

"Hospital di Pantai Timur tidak mengalami kemusnahan teruk kecuali Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu, Kelantan yang terjejas teruk kerana ia turut dimasuki air banjir dan kekurangan pelbagai kemudahan sewaktu kejadian.

"Kementerian memandang serius perkara itu (kejadian banjir) dan kami sudah bersiap sedia jika gelombang ketiga banjir berlaku, kementerian tidak mahu hospital terjejas akibat bencana berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Kanser anjuran Kelab Kilat Perai, di sini, Sabtu.

Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata untuk permulaan, kementerian akan membina klinik khemah sementara bagi menggantikan 60 klinik yang musnah akibat banjir.

Katanya pembinaan semula klinik yang musnah akan dilakukan pada pertengahan tahun ini dan memilih kawasan tinggi bagi mengelak dinaiki air jika berlaku banjir.

"Klinik khemah hanya boleh digunakan selama beberapa minggu ini sahaja selepas itu kementerian akan mengambil langkah segera dengan menggantikannya dengan kabin kontena yang lebih selesa kerana pembinaan klinik baharu mungkin akan mengambil masa beberapa tahun," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai terutama mangsa banjir di seluruh negara agar mendapatkan rawatan segera jika mengalami masalah kesihatan agar ia dapat diubati.

"Penting bagi mereka untuk mendapatkan rawatan supaya penyakit terutama berkaitan banjir seperti demam, cirit birit dan muntah dapat diubati segera, sukarelawan juga perlu menjaga kesihatan mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: hospital , banjir , Hilmi Yahaya

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan