Khairy Mahu Polis Siasat Dakwaan Ahli Perkasa Ditumbuk Pegawai Khasnya

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 5:41 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu polis menyiasat laporan berhubung dakwaan pergaduhan yang berlaku antara pegawai khasnya dan seorang ahli Perkasa pada Khamis lalu.

"Saya masih belum berpeluang untuk bercakap dengan pegawai khas saya mengenai insiden itu, tetapi saya tahu terdapat satu laporan polis telah dibuat mengenainya.

"Jadi, biarkan polis yang menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Parlimen Belia di sini, Sabtu.

Ketua Wira Perkasa Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman menerusi laporan itu mendakwa beliau diserang oleh pegawai khas Khairy, Iruan Zulkifli Mohamad.

Iruan yang merupakan Ketua Pemuda Umno bahagian Lenggong dikatakan bersama beberapa yang lain menemui Saad yang ketika itu sedang makan, sebelum berlaku pertengkaran.

Iruan memberitahu Saad bahawa Perkasa tidak sepatutnya mempertikaikan tugas Pemuda Umno, sebelum beliau menarik lehernya dan menumbuknya.

Insiden itu disaksikan oleh rakan-rakan Iruan, yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Saad dikatakan menerima tiga jahitan berikutan kecederaan yang dialaminya akibat insiden itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan