Berita Palsu Banjir: 21 Individu Tampil Beri Keterangan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 12:44 PM

Penduduk Kampung Acheh di Pekan tidak dapat menunaikan Solat Jumaat berikutan hanya 15 orang yang dapat hadir ke masjid selepas kampung mereka dilanda banjir besar, di sini.

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Sejumlah 21 daripada 22 individu yang diminta tampil untuk membantu siasatan penyebaran berita palsu banjir di aplikasi pesanan dan laman sosial telah pun memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Manakala, seorang lagi individu telah membuat temujanji untuk tampil memberi keterangan pada pertengahan  Januari 2015.

Kenyataan MCMC menyebut, individu-individu tersebut telah tampil untuk memberi keterangan di pejabat MCMC di Cyberjaya, Pejabat Wilayah MCMC dan balai polis.

Mereka mula tampil secara berperingkat bermula pada 29 Disember 2014 hingga ke Sabtu.

Semua kes akan diperkemas dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

MCMC sentiasa bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat sepuluh kes berita palsu banjir yang dikenal pasti.

Pihak polis juga telah menahan seorang individu empat hari lalu di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana disyaki menyebarkan berita palsu banjir.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Masyarakat umum dinasihati agar tidak bertindak dengan emosi dan menyebarkan berita yang belum ditentukan kesahihannya atau memapar semula berita tanpa usul periksa.



Tags / Kata Kunci: MCMC , berita palsu , banjir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan