Pertanian Haram Di Cameron Highland Dibanteras Habis-Habisan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 3:29 PM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Pertanian yang diusahakan secara haram di Cameron Highlands akan dibanteras secara habis-habisan meskipun terdapat usaha oleh pendatang tanpa izin (Pati) meneruskan aktiviti itu dengan membuka ladang baharu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

Beliau berkata ladang golongan terbabit akan dimusnah oleh pihak berkuasa yang menjalankan operasi menggempur tanah pertanian haram secara besar-besaran di kawasan tanah tinggi itu.

"Kita tidak mempunyai masalah dengan ladang yang dibuka secara sah...apa yang kita tidak mahu ialah ladang haram yang masih berleluasa di sini.

Ini menjadi satu masalah besar walaupun pihak berkuasa menjalankan operasi tetapi mereka masih tidak takut," katanya.

Palanivel berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 80 mangsa banjir lumpur membabitkan peruntukan sebanyak RM129,000 di Dewan Orang Ramai Ringlet pada Sabtu.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November lepas mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa terdapat usaha oleh Pati yang tidak takut dengan operasi besar-besaran pihak berkuasa apabila mereka meneruskan aktiviti penerokaan tanah secara haram dengan membuka ladang baharu di kawasan tanah tinggi itu.

Taktik terbaharu penerokaan itu terbongkar apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) menemui ladang-ladang terselindung hasil maklumat masyarakat tempatan yang dianggar berkeluasan 500 hektar di lereng bukit dengan menggunakan kaedah penanaman 'barn' atau gemburan tanah berbanding pemasangan struktur pelindung plastik bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, Palanivel akan berbincang secara terperinci dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan kerja-kerja mendalamkan sungai dan projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah bencana itu yang berlaku di beberapa negeri.

"Kita akan usaha mendapatkan peruntukan yang bersesuaian untuk melaksanakan projek tersebut. Ia bertujuan memastikan kedua-dua projek berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata perbincangan lanjut berhubung peruntukan terbabit akan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan