Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Berterusan Hingga Ahad - Berita Semasa | mStar

Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Berterusan Hingga Ahad

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 9:57 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah dan Labuan ketika ini dijangka berterusan sehingga Ahad.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

"Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut hari ini," menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan juga dijangka berterusan sehingga esok.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu juga berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan