Banyak Firma Kecewa Dengan Penglibatan MyEG

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 11:05 AM

Majikan melakukan pembaharuan permit pekerja mereka di kaunter sementara MYEG di luar Jabatan Imigresen Pulau Pinang di Butterworth, Khamis. -foto THE STAR/Asri Abdul Ghani

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang pengendali perkhidmatan pembersihan kecewa apabila dia perlu membayar lebih RM11,000 kepada MyEG untuk menjamin pembaharuan permit untuk 300 pekerja asing yang berkerja dengannya.

Pengendali berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Ooi berkata ini merupakan tambahan kepada levi yang terpaksa dibayar untuk setiap pekerja.

"Ia sudah menjadi satu bebanan apabila saya perlu membayar levi RM1,850 untuk setiap pekerja dan RM125 tambahan untuk pelekat. Sekarang, kami perlu melalui sistem baharu  MyEG dalam talian yang memerlukan kita membayar RM38 bagi setiap permohonan.

"Kami juga perlu membeli insurans untuk pekerja daripada mereka. Lebih buruk lagi, saya  datang bersama bank draf yang tidak diterima oleh MyEG. Mereka hanya menerima kad kredit atau pembayaran dalam talian, " katanya di pejabat Imigresen di Seberang Jaya di mana MyEG telah membuka kaunter untuk permohonan dan pembaharuan permit pekerja asing.

Ooi adalah antara sebilangan besar majikan yang telah mempersoalkan rasional di sebalik keperluan baharu oleh Jabatan Imigresen.

Safri Abdul Jalil, 46, berkata dia dan majikan lain bingung dengan adanya penglibatan pihak ketiga seperti MyEG.

"Mengapa kita perlu untuk membayar mereka apabila kita diminta untuk melakukan sendiri permohonan secara dalam talian? Apakah peranan mereka di sini? Mereka dibayar  tanpa sebarang sebab," kata Safri yang mengurus lebih daripada 500 pekerja binaan asing.

Pemilik Restoran Kapitan Azwan Seeni Mohamed, 33, berkata salah seorang pekerjanya terpaksa menangguhkan perkahwinan di India kerana peraturan baharu itu.

"Kami melakukan apa sahaja yang diberitahu tetapi kakitangan MyEG di sini berkata mereka tidak dapat membuat pelekat kepada pekerja saya yang diperlukan untuk penyambungan visa.

"Ia akan mengambil masa beberapa hari. Akibatnya, dia terpaksa menangguhkan perkahwinannya. Selepas membelanjakan wang untuk kad kahwin dan persediaan lain, segala-galanya terpaksa dibatalkan, " kata Azwan.

Katanya sebelum ini dia selesa berurusan dengan jabatan itu tanpa penglibatan pihak ketiga.

"Kali terakhir, kami mengambil masa satu hari untuk permohonan disiapkan. Tetapi sekarang, kakitangan MyEG sendiri kelihatan agak tidak menentu dengan peraturan baharu itu, "katanya.
Tags / Kata Kunci: myEG , levi pekerja asing

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan