PDRM Tingkat Pemantauan Susulan Serangan Di Paris, Australia

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 4:43 PM

Noor Rashid Ibrahim

Noor Rashid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan tahap keselamatan negara susulan serangan 'ala militan' yang berlaku di Paris dan Australia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, biarpun setakat ini tiada sebarang ancaman yang diterima namun PDRM tetap mengambil langkah memantau aktiviti kumpulan dan individu tertentu di negara ini.

"Kita sudah pertingkatkan pemantauan dan menguatkan lagi jaringan risikan bagi memastikan kita tahu setiap pergerakan kumpulan dan individu yang disyaki," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai langkah polis berikutan insiden Rabu lepas, tiga orang bersenjata api dan bertopeng melepaskan tembakan di pejabat Charlie Hebdo di Paris sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah dengan Presiden Perancis Francois Hollande menyifatkannya sebagai "serangan pengganas".

Di Sydney, Australia, dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh setelah polis Australia bertindak menyerbu sebuah kafe bagi menamatkan pengepungan lebih 16 jam oleh suspek yang menawan 17 orang sebagai tebusan pada 15 Disember lalu.

PDRM telahpun bertindak dalam membendung aktiviti militan di negara ini, terutamanya kumpulan militan IS dengan sehingga kini menahan 51 individu rakyat tempatan yang cuba menyertai atau membantu kumpulan militan IS di Syria dan Iraq.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan