Sesi Pertama Sidang Parlimen Belia Bermula Sabtu Dengan 9 Usul

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 7:12 PM

Sebahagian daripada perwakilan Parlimen Belia Malaysia yang hadir pada sesi raptai Persidangan Perwakilan Parlimen Belia Malaysia di Dewan Rakyat, Parlimen di sini, Jumaat. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan usul akan dibentang dan dibahas dalam sesi pertama sidang Parlimen Belia Malaysia yang akan bermula pada Sabtu.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Hatipah Ibrahim berkata, sekretariat Parlimen Belia telah menetapkan setiap usul dibahas dalam masa 90 minit dan menjangkakan kesemua usul mampu dihabiskan dalam tempoh dua hari sidang parlimen berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi raptai persidangan Parlimen Belia di Dewan Rakyat di sini, Jumaat.

Menyentuh mengenai raptai, Hatipah berkata ia bagi membiasakan para anggota Parlimen Belia dengan tatacara berbahas, dan sebanyak 98 daripada 133 wakil belia yang akan terlibat dalam persidangan Parlimen itu hadir pada Jumaat.

Daripada 133 anggota Parlimen belia yang akan terlibat dalam persidangan Parlimen Belia itu, 13 terdiri daripada mereka dilantik, dan selebihnya dipilih, katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah yang mengendalikan sesi raptai berkenaan ketika ditemui pemberita menasihatkan para anggota Parlimen Belia menggunakan masa terhad secara bernas.

"Mereka harus menggunakan masa dan platform yang telah diberikan dengan menyampaikan perbahasan yang berkualiti," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan