Banjir: Jumlah Mangsa Di Terengganu Terus Meningkat

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 11:49 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pahang, Perak, Kelantan dan Selangor semakin baik pada keseluruhannya pagi Jumaat apabila jumlah mangsa terus mencatat penurunan kepada 18,210 orang berbanding 21,366 Khamis malam.

Bagaimanapun di Terengganu, negeri yang kembali dilanda banjir sejak semalam, menyaksikan pertambahan mangsa yang dipindahkan kepada 273 orang berbanding 125 orang malam tadi.

Di TERENGGANU, pertambahan mangsa itu difahamkan berikutan hujan lebat yang turun di sebelah pedalaman menyebabkan kediaman di kawasan rendah dan berdekatan sungai dinaiki air, selain faktor kenaikan paras air laut pasang.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, sebanyak lima pusat pemindahan dibuka setakat ini di dua daerah iaitu Kemaman membabitkan 160 mangsa dan Dungun (113 mangsa).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 11,819 orang yang kini ditempatkan di 57 pusat pemindahan dalam enam daerah berbanding 14,494 mangsa malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Pekan masih menempatkan mangsa paling ramai 7,414 orang diikuti Maran (2,618 orang), Kuantan (1,012 orang), Temerloh (611 orang) dan Bera (164 orang).

Menurut jurucakap itu, dua laluan utama di Raub iaitu Kilometer 1 Jalan Felda Krau dan Kilometer 39 Jalan Bentong-Raub yang ditutup sebelum ini telah dibuka semula dan dapat dilalui oleh semua kenderaan.

Di PERAK, Jurucakap MKN negeri Perak berkata jumlah mangsa banjir menurun kepada 3,601 orang daripada 959 keluarga.

Ketika ini sebanyak 20 pusat pemindahan dibuka dalam lima daerah iaitu Perak Tengah, Hulu Perak, Hilir Perak, Manjung dan Kuala Kangsar.

Jumlah mangsa di Perak Tengah pagi ini ialah 2,649 orang, Hulu Perak (289 orang), Hilir Perak (394 orang), Manjung (160 orang) dan di Kuala Kangsar (109 orang).

Sementara itu di KELANTAN, jumlah mangsa banjir pagi ini tidak berubah dan kekal seperti direkodkan malam tadi iaitu sebanyak 2,749 mangsa membabitkan 602 keluarga.

Jurucakap MKN negeri Kelantan memaklumkan empat jajahan masih terjejas banjir membabitkan 27 pusat pemindahan dengan jumlah mangsa terlibat mengikut pecahan - Kuala Krai (1,399 orang), Gua Musang (1,157 orang), Tanah Merah (93 orang) dan Machang (100 orang).

Di SELANGOR, sebanyak 41 mangsa masih ditempatkan di Dewan Kampung Chinchang, Sepang berikutan paras air masih belum surut di kawasan itu pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga memindahkan kesemua mangsa terlibat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun di Taman Desa Indah, kesemua mangsa banjir yang dipindahkan petang semalam telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila air mulai surut kira-kira 8.30 malam.

Semalam, tiga lokasi di Sepang mengalami banjir kilat apabila hujan lebat turun tanpa henti sejak tengah hari, menyebabkan paras air meningkat di Kampung Chinchang, Taman Desa Indah dan Jalan Sepang-Salak Tinggi.


Tags / Kata Kunci: Banjir , Terengganu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan