Majikan Mohon Baharui PLKS Pekerja Asing Terus Dengan Jabatan Imigresen

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 10:41 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kira-kira 200 majikan pada Jumaat memohon pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk pekerja asing dilakukan secara terus dengan Jabatan Imigresen, selain pendaftaran melalui laman sesawang MyEG yang sedia ada. 

Wakil kumpulan majikan itu Preminder Perianan berkata perlaksanaan pembaharuan PLKS hanya menerusi MYEG sekarang dikhuatiri menimbulkan pelbagai masalah kepada majikan terutamanya dari segi keselamatan. 

"Antara masalah yang dijangka timbul adalah keselamatan pangkalan data Jabatan Imigresen dikhuatiri boleh dicerobohi oleh pihak ketiga yang terlibat dengan MyEG," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Terdahulu beliau bersama beberapa wakil majikan lain mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan pegawai daripada Jabatan Imigresen Melaka di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Ayer Keroh di sini, Jumaat.

Bermula 5 Januari lepas, semua majikan tidak lagi boleh memperbaharui PLKS pekerja asing mereka secara terus dengan Jabatan Imigresen dan hanya boleh memperbaharui pas itu dengan menggunakan perkhidmatan MyEG.

Preminder berkata, berkata bayaran tambahan sebanyak RM38 untuk setiap pekerja kepada MyEG juga akan membebankan kos operasi majikan dan sistem MyEG yang didakwa sering tergendala melambatkan urusan majikan yang terlibat.

"Pengendalian MyEG dalam pembaharuan PLKS telah menjadikan ia sebagai syarikat orang tengah tanpa disedari kepada Jabatan Imigresen, kami cuma mahu tambahan satu cara (pembaharuan PLKS) lain yang lebih berkesan bukan dipaksa hanya boleh pakai MyEG," katanya.

Beliau berkata, segala urusan pengambilan pekerja asing sebelum ini berjalan lancar dan selamat melalui urusan secara terus dengan Jabatan Imigresen.

"Pihak Jabatan Imigresen sehingga kini masih telus menjalankan tugasan tanpa sebarang keraguan dan kami sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan