QZ8501: Isyarat Ping Dikesan Ketika Operasi Cari Kotak Hitam

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 12:58 PM

Penyelam Tentera Laut Indonesia bersedia untuk berlepas dari kapal KRI Banda Aceh untuk menjalankan operasi mengangkat ekor pesawat penenerbangn QZ8501 di Laut Jawa, Jumaat. Isyarat ping telah dapat dikesan dikesan menurut seorang pegawai kanan pasukan carian Indonesia. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia yang memburu bangkai pesawat AirAsia Indonesia mengesan isyarat ping dalam usaha mereka untuk mencari kotak hitam pada Jumaat, 12 hari selepas pesawat itu hilang dengan 162 orang penumpang dan anak kapal di dalam pesawat, kata seorang pegawai.

Penerbangan QZ8501 hilang dari skrin radar pada 28 Disember, kurang dari separuh perjalanan dua jam dari bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya ke Singapura.

Pesawat Airbus A320-200 membawa kotak hitam perakam suara dan data penerbangan yang terletak berdekatan bahagian ekor pesawat. Pegawai bagaimanapun telah memberi amaran bahawa ia mungkin boleh terpisah daripada ekor.

Pegawai penyiasat di Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Santoso Sayogo, berkata kotak hitam tidak lagi berada di bahagian di ekor pesawat yang ditemui.

"Kami menerima satu pengemaskinian dari lokasi carian bahawa isyarat ping telah dikesan," katanya kepada Reuters.

"Kami bagaimanapun tidak mahu mengesahkan bahawa ia adalah kotak hitam. Para penyelam perlu mengesahkannya. Malangnya ia seolah-olah berada di luar ekor pesawat. Tetapi penyelam perlu mengesahkan kedudukannya."

Ekor pesawat ditemui pada Rabu, dengan kedudukan terbalik di dasar laut kira-kira 30 kilometer (20 batu) dari lokasi terakhir pesawat, pada kedalaman kira-kira 30 meter.

Pasukan carian Indonesiapada Jumaat membawa beg pelampung dengan helikopter pada hari menjelang operasi mengapungkan bahagian pesawat yang dianggap penting itu.
Tags / Kata Kunci: isyarat ping , kotak hitam QZ8501 , QZ8501

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan