79 Peratus Sekolah Di Kelantan Sedia Dibuka Pada Ahad - Berita Semasa | mStar

79 Peratus Sekolah Di Kelantan Sedia Dibuka Pada Ahad

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 3:03 PM

idris jusoh

Datuk Seri Idris Jusoh

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan yakin sekolah-sekolah di Kelantan sedia memulakan operasinya Ahad ini, kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.

"Kira-kira 130 daripada 165 buah sekolah, iaitu kira-kira 79 peratus daripada sekolah-sekolah di Kelantan kini sudah bersedia.

"Kita masih mempunyai dua hari lagi dan saya percaya sekolah-sekolah yang lain akan dapat dibuka pada 11 Januari," katanya kepada pemberita selepas menerima replika cek berjumlah RM1.5 juta dari 23 institusi pengajian tinggi awam tempatan dan swasta untuk mangsa banjir.

Idris berkata beliau akan melawat beberapa sekolah paling teruk dilanda banjir di Kelantan, termasuk SK Kampung Laut, untuk mengesahkan jika ia berada dalam keadaan yang baik untuk beroperasi.

Beliau juga berkata, pelajar-pelajar di negeri yang dilanda banjir yang boleh hadir ke sekolah dengan apa sahaja yang mereka miliki.

"Malah jika anda tidak mempunyai pakaian seragam dan hanya ada kain semata-mata, anda juga boleh datang ke sekolah," katanya.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan