Laporkan Segera Kerosakan Peralatan Sekolah - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 4:13 PM

Beberapa sukarelawan menguruskan peralatan sekolah yang telah rosak akibat banjir semasa bergotong-royong di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang, Temerloh bagi membolehkan sesi persekolahan tahun 2015 dapat bermula pada 12 Januari depan.

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah yang terjejas dengan banjir supaya mengemukakan laporan kerosakan peralatan dan buku-buku sekolah secepat mungkin kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi membolehkan peralatan itu digantikan segera untuk memastikan pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dengan segera serta belajar dengan selesa apabila sesi persekolahan bermula minggu depan.

"Kita dah dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang kerosakan yang dialami dan penggantian kerusi, meja, buku teks yang belum sempat diedarkan kepada pelajar sudah rosak, kita akan belanja lebih untuk ganti semula dengan segera.

"Segala pembaikan atau penggantian peralatan persekolahan yang rosak akan dilaksanakan segera di sekolah yang telah dikenal pasti terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Pelan Tindakan Pasca Banjir bagi negeri Pahang di Pejabat Daerah Jerantut di sini, Khamis.

Muhyiddin berkata, dalam masa yang sama, 56 buah sekolah di tiga buah negeri yang terjejas akibat banjir dan masih dijadikan pusat pemindahan, dibenar untuk melewatkan permulaan sesi awal persekolahan.

"Ia melibatkan 34 buah di Pahang, 18 di Perak dan empat buah di Kelantan dan sekolah-sekolah ini perlu menggantikan semula waktu persekolahan itu pada waktu yang sesuai," katanya.

Sementara itu, di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar, di sini, Muhyiddin menyerahkan peruntukan berjumlah RM25.7 juta sebagai bantuan awal persekolahan kepada Jabatan Pelajaran Pahang.

Bantuan berkenaan diserahkan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Pahang Mohd Rosdi Ismail.

Peruntukan itu diumumkan menerusi Bajet 2015 sebelum ini membolehkan setiap keluarga menerima RM100 untuk membeli kelengkapan persekolahan seperti uniform sekolah dan alat tulis.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Muhyiddin berkata pemberian tersebut diharap dapat mengurangkan beban ditanggung mangsa banjir yang berdepan dengan masalah kewangan ekoran kehilangan harta benda termasuk kediaman mereka ketika musibah itu melanda.

"Saya harap semua supaya tabah dan bersabar dengan ujian daripada Allah ini.

Kerajaan akan bertindak segera untuk memberi bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.

"Kita juga perlu ambil iktibar daripada kejadian ini dengan perlu lebih peka menjaga alam sekitar dan jangan menebang hutan serta memotong balak secara melampau," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan