Keluarga Mangsa Banjir Akan Terima Bantuan Khas RM500 - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 2:44 PM

Muhyiddin Yassin.

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Semua mangsa banjir akan menerima bantuan khas RM500 bagi setiap isi rumah yang akan diagihkan dalam tempoh seminggu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mangsa yang kematian anggota keluarga akibat banjir pula akan diberi bantuan wang tunai RM5,000.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara juga memaklumkan 56 sekolah yang terjejas teruk akibat banjir dan masih menjadi pusat pemindahan banjir dibenarkan memulakan sesi persekolahan lewat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Tindakan Pasca Banjir Pahang di Pejabat Daerah, pada Khamis. 

Tags / Kata Kunci: bantuan khas , mangsa banjir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan