Najib Bertemu Pasukan Misi Bantuan Perubatan IJN Ke Manik Urai

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 7:30 PM

Najib Tun Razak beramah mesra dengan petugas perubatan dan jururawat Institut Jantung Negara (IJN) yang akan berlepas ke Manik Urai, Kelantan dalam Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan di sini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu 33 kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) di sini yang menyertai misi bantuan perubatan dan kemanusiaan mangsa banjir ke Manik Urai, Kelantan.

Perdana Menteri beramah mesra serta bertanyakan barangan bantuan yang dibawa serta bergambar dengan kakitangan IJN berkenaan terdiri daripada pakar perubatan, jururawat dan penjawat awam.

Turut hadir pada majlis ringkas itu ialah Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Dr Mohd Azhari Yakub.

Sementara itu, Dr Mohd Azhari berkata, pasukan bantuan berkenaan akan membantu pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia di Manik Urai dalam memberi rawatan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

"Mereka akan bertolak ke Manik Urai pada malam ini dan berada di sana selama tiga hari bagi memberi bantuan perubatan. Kakitangan bukan perubatan akan membantu membersihkan rumah mangsa yang terjejas selain menyalurkan bantuan makanan," katanya kepada Bernama selepas majlis itu.

Dr Mohd Azhari berkata, pasukan berkenaan turut membawa bekalan ubat-ubatan termasuk bagi masalah jangkitan, darah tinggi, kencing manis dan sakit tulang selain mesin Elektrokardiogram (ECG) dan ultrasound.

Ketua misi itu, Pakar Perunding Kardiologi Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, 20 sukarelawan daripada Kelab Kembara Selangor akan turut menyertai misi tersebut dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir.

"Kami bersedia untuk tinggal di masjid atau berada di dalam kereta bagi menjalankan misi ini kerana kami masih belum mempunyai sebarang tempat untuk berteduh," katanya.

Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , IJN , Manik Urai , banjir

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan