AirAsia QZ8501: Kotak Hitam Mungkin Ditemui Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Indonesia berharap untuk menemui kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501, selepas cuaca buruk yang melanda kembali reda. 

Pasukan penyelam telah berjaya menemui ekor pesawat Airbus A320-200 pada Rabu. Ekor pesawat merupakan lokasi di mana terletaknya perakam suara dan data penerbangan pesawat. 

Penemuan penting tersebut berlaku pada hari ke-11 selepas pencarian secara besar-besaran dijalankan di Laut Jawa. 

Ia ditemui selepas pihak berkuasa Indonesia menggantung penerbangan AirAsia bagi laluan Surabaya-Singapura lewat minggu lalu dan satu lagi laluan AirAsia, Bandung-Singapura sebanyak tiga daripada 21 kali dalam tempoh seminggu. 

"Ekor pesawat biasanya menempatkan 'kotak hitam' perakam data penerbangan. 

"Kita berharap, tempoh yang diperlukan tidak lama dan kotak hitam akan segera ditemui," kata Menteri Koordinator Maritim, Indroyono Soesilo kepada pemberita. 

Kotak hitam merupakan item paling penting yang dapat menyelesaikan teka-teki punca sebenar yang menyebabkan pesawat yang sedang dalam perjalanan Surabaya-Singapura yang membawa 162 penumpang pada 28 Disember itu terhempas ke laut. 

Sebaik sahaja kotak hitam ditemui, data penerbangan pesawat berkenaan akan dianalisis di Indonesia, kata Indroyono. 

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes menulis di twitternya: "Jika (benar) ia adalah ekor pesawat, kotak hitam pasti berada di sana...

"Kita perlu menemui semua bahagian pesawat tidak lama lagi jadi kita boleh menemui semuai penumpang agar dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga mereka. Inilah keutamaan kami."

Tags / Kata Kunci: AirAsia QZ8501 , Indonesia , ekor pesawat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan