Banjir: RM200 Juta Untuk Baiki Kerosakan Premis, Infrastruktur KKLW

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kos kerosakan dan baik pulih premis serta infrastruktur di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akibat banjir dianggarkan melebihi RM200 juta, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Daripada anggaran itu, RM80 juta diperlukan bagi membina semula dua jambatan di Gua Musang, Kelantan yang rosak teruk manakala kos baik pulih premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) dianggarkan RM35 juta, katanya.

Anggaran kos itu juga melibatkan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, jalan perhubungan desa, pejabat agensi di bawah kementerian serta kerosakan pertanian dan ladang pekebun kecil, katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini, Khamis.

"Peranan besar untuk kementerian kerana kebanyakan kawasan yang ditenggelami air terletak di luar bandar melibatkan peneroka lembaga kemajuan tanah, usahawan, orang Asli," katanya, sambil memaklumkan kementeriannya telah menyumbang lebih RM6 juta membantu mangsa banjir di negeri-negeri terlibat.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) akan dibuka dan dijadikan tempat pengumpulan dan pengendalian barangan bantuan semasa bencana untuk semua pihak.

Katanya dengan membenarkan RTC, yang ketika ini hanya digunakan sebagai tempat pengumpulan barangan bantuan daripada kementerian dan agensi kerajaan, akan melancarkan lagi operasi mengumpul dan mengagihkannya, khususnya pihak luar yang berhasrat turun ke lokasi untuk membantu.

"Ada pihak luar terpaksa bergantung dengan masyarakat setempat untuk meletakkan dan mengagihkan bantuan yang tentunya menyukarkan...dengan membenarkan RTC untuk digunakan, ia akan memudahkan semua pihak terlibat," katanya.


Tags / Kata Kunci: KKLW , Mara , Banjir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan