Keputusan Harakah Paksa Staf Berhenti Adalah 'Kejam'

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 4:59 PM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Cubaan memaksa tiga kakitangan akhbar rasmi PAS termasuk ketua editornya supaya meletak jawatan adalah 'kejam', 'tidak beretika' dan 'biadab', demikian menurut pengasas Harakah.

Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin mempersoalkan kemungkinan penyingkiran tiga kakitangan editorial itu mempunyai apa-apa kaitan dengan perbalahan dalaman parti tersebut.

"Ini tindakan paling mengejutkan. Semua ini berlaku ketika wujud pergaduhan dalaman PAS sehingga pengedaran akhbar itu jatuh dengan ketara," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan editor rencana, Roslan Hamid diminta meletak jawatan pada Disember lalu manakala seorang lagi editor, Datuk Tarmizi Md Jam disaran berundur pada Oktober.

Dipercayai keputusan mengarahkan mereka melatak jawatan berpunca daripada artikel yang mengkritik kepimpinan parti khusunya golongan ulama.

Menurut Ishak, keputusan mengarahkan Ahmad Lutfi meletak jawatan ketika sedang bercuti sakit adalah kejam.

"Mereka bekerja keras dengan penuh dedikasi dan kesetiaan," katanya sambil menambah bahawa PAS tidak mematuhi prinsip-prinsip Islam dalam tindakannya.

Tags / Kata Kunci: Harakah , Ahmad Lutfi Othman , PAS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan