Gelandangan: Masjid Negara Pertimbang Ikut Kesesuaian - Imam Besar

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 1:00 AM

Kebanyakan gelandangan memenuhi kaki lima di sekitar bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam selepas penat bekerja atau meminta simpati orang ramai.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan ruang di kawasan masjid bagi kemudahan gelandangan akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian, kata Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Beliau berkata, sebelum sebarang keputusan dibuat, NGO terbabit diminta untuk mengemukakan cadangan supaya ia dapat dibincangkan dengan pihak pengurusan masjid itu.

Tambahnya, pertimbangan itu turut mengambil faktor masjid berkenaan sebagai kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

"Kita sedia mempertimbangkan cadangan itu mengikut kesesuaian. Kita kena lihat pelbagai segi memandangkan Masjid Negara menjadi tumpuan pelancong.

"Kesesuaian tempat ini untuk gelandangan perlu dipertimbangkan. Di pihak sana (NGO), dia kata mungkin sesuai buat di masjid tetapi mungkin bagi kita tak sesuai atau sebagainya.

"Masjid Negara jadi tumpuan pelancong, kebanyakannya dari luar, oleh itu, kita kena lihat sama ada patut atau tidak dedahkan mereka (gelandangan) di tempat awam," katanya kepada mStar Online, sambil menambah bahawa mungkin ada alternatif berhubung cadangan itu.

Sebelum ini mStar Online melaporkan Pertiwi Soup Kitchen mencadangkan supaya masjid sekitar Kuala Lumpur menyediakan ruang   untuk menempatkan kemudahan mesin basuh, pengering baju dan lokar menyimpan barang buat gelandangan terutama yang bekerja.

Pengasasnya, Munirah Abdul Hamid ketika menyuarakan hasrat itu turut menyebut Masjid Negara sebagai antara masjid yang boleh dicadangkan untuk menempatkan kemudahan tersebut.

Syaikh Ismail berkata, cadangan yang dikemukakan NGO terbabit akan dibincangkan bersama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan pandangan mengenainya.

"Kita perlu bincang dengan Jakim. Kalau tulis surat (kemuka cadangan), boleh kita bawa kepada Jakim," katanya sambil menambah Masjid Negara adalah salah satu daripada tiga masjid utama di bawah pentadbiran Jakim.

Difahamkan, secara purata kira-kira 250,000 pengunjung dalam dan luar negara melawat Masjid Negara setiap tahun.

Mengenai gelandangan, beliau berkata, Masjid Negara telah bekerjasama memberi bantuan makanan kepada golongan itu setiap minggu menerusi peruntukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp).

"Kita bantu beri makanan kepada mereka setiap Rabu. Kita tidak menghalang mereka datang ke sini untuk mendapatkan makanan dan perlindungan.

"Apa yang kita harapkan supaya mereka menjaga adab, tingkah laku, menghormati kawasan masjid dan memelihara kebersihan persekitaran. Saya juga berharap gelandangan beragama Islam bersama-sama menunaikan solat," kata  Syaikh Ismail.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan