G25 Bakal Temui PM

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 10:21 PM

Noor Farida Ariffin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertemuan antara kumpulan 25 Melayu Terkemuka (G25)  dengan wakil Pejabat Perdana Menteri dan agensi kerajaan berkaitan pada malam Rabu kini melangkah ke fasa seterusnya.

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, persetujuan dicapai untuk mengatur perjumpaan antara G25 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pertemuan dengan Perdana Menteri itu akan diatur dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Noor Farida juga memaklumkan, pihaknya menyifatkan pertemuan yang berlangsung pada malam Rabu itu sebagai sesuatu yang berhasil dan berlangsung dalam suasana mesra.

Pertemuan itu diadakan atas arahan Perdana Menteri bagi membolehkan agensi kerajaan berkaitan memberi syor bersesuaian untuk pertimbangan Perdana Menteri berikutan isu-isu yang ditimbulkan oleh G25 di dalam surat terbuka.

G25 yang terdiri daripada kebanyakannya bekas pegawai tinggi awam, duta-duta, ahli akademik dan aktivis hak sivil, telah mengeluarkan satu surat terbuka yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 8 Disember di mana mereka melahirkan rasa kecewa yang teramat berhubung beberapa pertikaian berterusan yang tidak dapat diselesaikan mengenai kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

Selain Noor Farida, yang juga merupakan bekas duta ke Belanda, G25 juga terdiri daripada bekas duta, Datuk Abdul Kadir Mohd Deen, Datuk Dali Mahmud Hashim, Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, Datuk Redzuan Kushaairi dan Datuk Syed Arif Fadhillah.

Bekas Ketua Setiausaha yang merupakan sebahagian daripada wakil G25 adalah Tan Sri Abdul Rahim Din (KDN), Tan Sri Dr Aris Othman (Kewangan), Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim (Kewangan) dan Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid (Tenaga, Komunikasi dan Multimedia) dan bekas Timbalan setiausaha Agung Datuk Zainuddin Bahari (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

Bekas ketua pengarah dalam G25 adalah Tan Sri Dr Ismail Merican (Kesihatan), Tan Sri Mustaffa Babjee (Perkhidmatan Veterinar) dan Datuk Zainal Abidin Ahmad (MTIB).

Wakil lain termasuklah pengasas Institut Jantung Negara Tan Sri Dr Yahya Awang, bekas Penasihat Kanan Serantau, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Datuk Anwar Fazal, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Latifah Merican Cheong, leftenan jeneral Datuk Maulob Maamin, wakil Suara Wanita Datuk Faridah Khalid, bekas pesuruhjaya Suhakam Ranita Hussein dan bekas pensyarah Universiti Malaya dan pengasas (Pcore) Datin Halimah Mohd Said.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Islamic Renaissance Front (IRF), Sisters in Islam (SIS) dan Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) telah mengadakan pertemuan peribadi dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa lepas untuk membincangkan kebimbangan mereka berhubung ketegangan yang semakin meningkat dan kerajaan yang dilihat kurang mengambil tindakan terhadap isu-isu ini.



Tags / Kata Kunci: G25 , Perdana Menteri , Noor Farida Ariffin

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan