Bekas CEO FGV, Tan Sri Sabri Ahmad Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 11:20 AM

Sabri Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Presiden Kumpulan dan CEO Felda Global Ventures Holdings Bhd Tan Sri Sabri Ahmad meninggal dunia akibat kanser paru-paru di pusat perubatan swasta, PJ, 5.30 pagi Khamis.

Beliau pernah menerajui FGV daripada Julai 2010 hingga Julai 2013. 

Selain FGV, Sabri pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Hope Plantations Bhd (dahulunya Harrison Malaysian Plantations Berhad) dari Januari 2004 hingga November 2007.

Allahyarham juga pernah menyertai Kumpulan Golden Hope pada tahun 1985 sebagai Pengurus Pemasaran dan Penyelidikan dan kemudian memegang pelbagai jawatan termasuk Pengarah Kumpulan Perusahaan 2002-2003, Pengarah Kumpulan Perniagaan Agro 1999-2002, Pengarah Operasi Luar Negeri / Pemasaran Kumpulan 1993-1999, Pengarah Pemasaran (1990-1992) dan Pemangku Pengarah Pemasaran sejak tahun 1990.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pemasaran Makanan Kementerian Pertanian 1970-1972 dan berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Perikanan Malaysia 1973-1984.


Tags / Kata Kunci: Sabri Ahmad , FGV , meninggal dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan