Banjir: Aduan Kerosakan Jalan Guna Aplikasi Mudah Alih KKR

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 1:00 AM

Keadaan jambatan Sungai Tanum yang rosak teruk akibat banjir di Kampung Aur Gading, Kuala Lipis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mangsa banjir boleh menggunakan aplikasi mudah alih aduan jalan yang dibangunkan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk mengemukakan masalah kerosakan jalan raya, lebuh raya dan infrastruktur akibat bencana itu.

Aplikasi yang diperingkat akhir pelaksanaan itu menetapkan sasaran untuk bertindak terhadap aduan membabitkan jalan persekutuan, negeri, daerah dan juga perbandaran dalam tempoh tidak lebih dua hari.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, aplikasi itu diharap dapat mempercepatkan usaha untuk menangani masalah infrastruktur jalan di negeri Pantai Timur menjelang pasca banjir.

Beliau berkata, maklumat boleh disalurkan dengan merakamkan gambar kerosakkan jalan raya dan infrastruktur menggunakan telefon pintar sebelum ia dihantar kepada kementerian menggunakan aplikasi itu.

"Aplikasi mudah alih ini akan melalui proses percubaan pada Khamis bagi memastikan sama ada sistem yang digunakan dapat berfungsi dengan baik.

"Menerusinya, aduan yang diterima akan diteliti bagi mengesan lokasi sebelum tindakan susulan diambil," katanya kepada mStar Online.

Fadillah berkata, walaupun pihaknya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jalan persekutuan, tetapi aduan untuk jalan negeri, daerah dan perbandaran juga sedia diterima.

"Kementerian akan bertindak bagi jalan persekutuan bagaimanapun bagi jalan negeri dan lain-lain kementerian akan salurkan kepada pihak berkuasa berkaitan, contohnya jalan negeri kepada negeri berkenaan, manakala bagi jalan perbandaran atau daerah pula kepada daerah atau perbandaran bertanggungjawab," katanya.

Mengikut laman web kementerian itu, dimaklumkan ketika ini aplikasi Aduan Jalan KKR hanya boleh dimuat turun menggunakan platform Android sahaja.

Antara langkah untuk memuat turun aplikasi itu menggunakan telefon pintar Android adalah seperti berikut:

1. Gunakan Play Store pada telefon  
2. Buka Play Store dalam telefon pintar android anda
3. Search -> Aduan Jalan KKR 
4. Klik -> open
5. Terus install ke telefon pintar anda, atau gunakan Pelayar Web: Klik Sini

Selain itu, orang ramai diingatkan supaya mengaktifkan GPS pada telefon pintar apabila menggunakan aplikasi ini.

Tags / Kata Kunci: banjir , KKR , aplikasi mudah alih

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan