Masalah Teknikal: Penerbangan Singapore Airlines Berundur Dari Landasan

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Penerbangan Singapore Airlines yang bersedia untuk berlepas dari Terminal 3 Lapangan Terbang Changi terpaksa berundur dari landasan pada pagi Rabu, selepas juruterbang menerima mesej masalah teknikal.

Seramai 265 penumpang penerbangan SQ830, yang dijadualkan berlepas ke Shanghai, terpaksa turun dari pesawat Airbus 380 bagi membolehkan jurutera memeriksa pesawat dan menyelesaikan masalah tersebut.

Pesawat itu turut membawa 25 anak kapal.

Penerbangan yang pada asalnya dijadualkan berlepas dari T3 pada pukul 9.20 pagi, kembali ke pintu terminal pelepasan pada pukul 9.55 pagi, seorang jurucakap syarikat penerbangan mengesahkan.

"Para penumpang menaiki semula pesawat pada pukul 11.30 pagi selepas jurutera kami mengisytiharkan bahawa pesawat telah diservis dan penerbangan berlepas pada pukul 12.10 tengahari," kata jurucakap itu. - The Straits Times/ANN

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan