Pengesahan KDN Mengenai Rekod Paul Phua Hanya Prosedur Maklum Kebenaran

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 10:00 PM

Paul Phua

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat pengesahan mengenai rekod jenayah individu tertentu kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, adalah prosedur biasa dalam memaklumkan kebenaran. 

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata KDN telah menjalankan tugasnya secara profesional dengan memaklumkan perkara mengenai Paul Phua Wei Seng berdasarkan rekod yang ada dalam agensi penguatkuasa di negara ini.


"KDN hanya memaklumkan rekod individu itu berdasarkan rekod yang ada dalam rekod polis di negara ini. Surat itu hanya satu penjelasan kepada perkara yang benar," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Pada 18 Disember, 2014, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menulis kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano menyatakan Phua bukan anggota kongsi gelap 14k dan kumpulan 14k tidak pernah wujud di Malaysia.

Phua kini menghadapi perbicaraan atas tuduhan berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram di Amerika Syarikat.

Pada Khamis lepas, peguam terkemuka, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata firma guamannya bekerjasama dengan firma guaman yang mewakili Phua, Chesnoff & Schonfeld dan telah memohon Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan surat tentang pembabitan Phua dalam kegiatan kumpulan 14K di Malaysia.

Muhammad Shafee menjelaskan bahawa surat itu bukan satu tindakan untuk menjamin Phua terhadap kes dihadapinya.

Dr Mohamed Mustafa, yang juga Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang cuba mengaitkan KDN berpihak kepada Phua dan mempolitikkan perkara itu.

Beliau berkata KDN menyedari kes Phua itu sedang dalam perbicaraan dan sebarang tindakan berpihak kepada individu itu akan membawa implikasi menghina mahkamah di sana.

"Justeru surat yang dikeluarkan itu adalah tindakan biasa kerana pihak sana meminta satu pandangan mengenai rekod orang itu (Phua). Kementerian menjawab dan dia tidak ada rekod kesalahan orang itu di sini (Malaysia)," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan