Tiga Kem PLKN, Sebuah Kem Askar Wataniah Di Kelantan Jadi Penempatan Mangsa Banjir

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 10:51 PM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kabinet pada Rabu bersetuju menjadikan tiga kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan sebuah kem Askar Wataniah di Kelantan sebagai pusat penempatan sementara mangsa banjir, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kem PLKN yang terlibat ialah Kem Cancun Park di Pasir Mas, Kem Batu Jong di Kuala Krai dan Kem Latihan Etnobotani di Gua Musang, manakala kem Askar Wataniah itu ialah Kem Sungai Durian di Kuala Krai.

"Kira-kira 1,000 peserta PLKN di kem tersebut akan ditempatkan di kem PLKN negeri lain, pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara akan memaklumkan kepada keluarga peserta sebelum pemindahan itu dibuat.

"Dalam satu atau dua hari saya rasa kita dapat pindahkan mangsa banjir ke kem itu, tiada tempoh waktu ditetapkan bagi mangsa ini tinggal di dalam kem itu, mereka boleh tinggal mengikut keperluan mereka," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Terdahulu, beliau melawat Pusat Pengumpulan Bekalan Mangsa Banjir di Dewan Serbaguna, Kem Terendak, Sungai Udang di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Hishammuddin berkata langkah itu diambil memandangkan kemudahan yang tersedia di kem berkenaan seperti dewan makan, tandas, padang dan bilik kediaman boleh memberi keselesaan kepada mangsa banjir itu meneruskan hidup mereka.

"Masih terlalu awal untuk kita anggarkan berapa banyak mangsa yang boleh kita tempatkan di kem tersebut, apapun jika kawasan kediaman di kem itu tidak cukup, kita akan sediakan kabin sementara, yang penting kita mesti berikan penempatan yang selesa kepada rakyat kita ditimpa musibah ini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pusat pengumpulan bekalan banjir di Kem Terendak di sini telah menerima 23 tan bekalan, manakala pusat pengumpulan di Kem Sultan Muadzam Shah di Kedah menerima 15 tan bekalan; Markas Stesen Ipoh, Perak (62 tan) dan Kem Syed Putra, Perak (20 tan).

"Bagi pusat pengumpulan bekalan di Pangkalan Udara TUDM Subang sehingga semalam 3,293.5 tan bekalan telah diterima dan daripada jumlah itu 3,200 tan bekalan telah diagihkan ke kawasan banjir," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan