Timbunan Sampah Akibat Banjir Ancam Kesihatan Penduduk

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 9:13 AM

Timbunan sampah sarap di kawasan pelupuasan sementara di Kuala Krai. Foto AZHAR MAHFOF/THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Senario banjir yang berlaku di pantai timur mengakibatkan jalan-jalan disaluti lumpur, timbunan sampah sarap yang semakin menggunung dan lebih buruk lagi dengan bau busuk akibat pembuangan itu menyebabkan keadaannya tidak terkawal.

Terdapat banyak masalah kesihatan berlaku selepas kejadian banjir, dan lebih merungsingkan adalah bagaimana untuk menangani timbunan sampah yang semakin tinggi berbanding apa yang boleh dilupuskan.

Sampah sarap di bandar di sini semakin bertambah apabila pemilik dan pengusaha kedai membuang barang-barang mereka yang rosak akibat banjir.

Lebih 30 lori tiba ke sini bagi mengangkut sampah ke pusat pengumpulan. Namun, timbunan sampah sarap masih tidak kelihatan berkurangan sejak minggu lalu.

"Kita cuba untuk membersihkan kawasan yang ada sampah secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang wabak penyakit," kata Teoh Paik Lim, seorang sukarelawan dari Buddhist Tsu-Chi Merit Society.

Teoh, 47, yang berasal dari Pulau Pinang, mengetuai pasukan sukarelawan yang melibatkan lebih 50 penduduk tempatan bagi membersihkan jalan-jalan di bandar itu.

Tidak sabar untuk melihat kampung halamannya bersih, Tee Yu Xuan, 17, mempelawa 20 rakannya dari kumpulan tarian singa untuk menyertainya bersama-sama membersihkan Kuala Krai.

"Saya tidak mahu sesiapa jatuh sakit kerana sampah yang tidak diangkut," kata pelajar dari SK Kuala Krai itu.

Turut membantu membersihkan persekitaran Kuala Krai adalah anggota Fo Guang Shan Malaysia dan kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Di TEMERLOH, Pengarah Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Pahang, Datuk Mohd Nor Affendi Abdul Aziz berkata, Alam Flora biasanya mengangkut hanya kira-kira 200 tan sampah di sini dan di Mentakab pada hari-hari biasa tetapi jumlahnya kini semakin bertambah.

"Kita menjangkakan ketika ini sudah pun 15,000 tan sampah di kedua-dua daerah yang dibuang oleh penduduk-penduduk bagi membersihkan rumah-rumah mereka," katanya.

Beliau berkata, Alam Flora telah memulakan kerja-kerja mengangkut sampah dengan bantuan daripada agensi-agensi lain kerana jumlah sampah yang begitu banyak.

Mohd Nor Affendi berkata, tiga lokasi telah dikenal pasti sebagai tempat sementara untuk menghimpunkan semua barangan dan sisa pepejal yang musnah akibat banjir.

Lokasi itu ialah Taman Tualang Indah, Taman Semantan Permai dan Taman Seri Kerinau.

"Kesemua barangan yang rosak dan tidak diperlukan ini kemudiannya akan dibawa ke tapak pelupusan di Kampung Chuat, Bera untuk dilupuskan.

"Kita akan mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi lain termasuk pihak berkuasa tempatan dari segi tenaga kerja dan kenderaan berat," katanya.

Beliau berkata, mereka tidak dapat menghalang pihak tertentu daripada memasuki tiga kawasan pembuangan sampah sementara untuk mengambil barangan kitar semula tetapi mereka tidak sepatutnya membakar sampah.

Mohd Nor Affendi berkata, setakat ini mereka telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 30 kawasan dan kampung di Temerloh yang mempunyai banyak timbunan sampah.

"Ia menyakitkan mata yang memandang dan juga boleh menjejaskan kesihatan," tambahnya.

Mohd Nor Affendi berkata, satu jawatankuasa bersama ditubuhkan dengan Majlis Perbandaran Temerloh bagi memantau keadaan dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk membersihkan kawasan sekitar di Temerloh dan Mentakab.

Beliau berkata, usaha pembersihan tertumpu di Temerloh berikutan daerah itu paling terjejas teruk akibat banjir.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan