Azmin Nafi Laporan Audit MBI Tak Telus, Niat Jahat

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 4:02 PM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan laporan audit oleh Perbendaharaan Negeri tidak telus, cacat dan berniat jahat seperti didakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI), Faekah Husin.

Azmin berkata, beliau yakin dengan laporan audit yang dikeluarkan kerana pihak yang bertanggungjawab melaksanakan tugas itu adalah sebuah badan bebas, manakala siasatan dijalankan secara terbuka.

"Sudah pasti audit yang dijalankan tiada masalah. Ia terbukti apabila dokumen yang dibentangkan itu  wujud penyelewengan dan salah guna kuasa yang besar. Ini tidak boleh dibenarkan.

"Kita tidak boleh berkompromi dengan perkara seperti ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melepaskan misi bantuan kemanusiaan bencana banjir di Kelantan oleh Pihak Berkuasa Tempatan  Selangor di Dataran Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa berkata, tempoh dua minggu diberikan pengurusan MBI terhadap lapan bekas pegawai MBI yang menerima pampasan yang keseluruhannya mencecah RM2.6 juta itu.

"Ini cara yang cukup diplomatik kerana semua ruang telah diteliti, sebab itu kita minta mereka pulangkan wang pampasan tersebut dalam masa 14 hari, sekiranya mereka gagal berbuat demikian tindakan selanjutnya akan diambil," katanya.

Azmin berkata, berdasarkan penelitian pengurusan MBI, didapati bayaran pampasan kepada beberapa bekas pegawai Tan Sri Khalid Ibrahim itu dibuat tidak mengikut peruntukan tatacara kewangan sedia ada.

"Pengumuman berhubung isu berkenaan akan dibuat dalam tempoh dua minggu lagi," katanya.

Dalam kenyataan pada Selasa, Faekah mendakwa laporan audit yang dikeluarkan cacat dan keluarkan secara tidak profesional serta berniat jahat.

Justeru Faekah dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Azmin atas tuntutan pemulangan semula pampasan RM2.6 juta.

Beliau turut menafikan pembayaran wang melalui Skim Pelepasan Bersama (MSS) dibuat secara salah dan tanpa mendapat kelulusan sebagaimana dinyatakan di dalam surat tuntutan itu yang diterimanya dari MBI, malah surat itu juga gagal menyatakan dengan jelas sebarang pelanggaran undang-undang dan tatacara kewangan serta salah laku yang dilakukan ketika pembayaran dibuat.

Sebelum ini, Faekah dikatakan menerima bayaran pampasan tertinggi sebanyak RM581,400 dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Bekas Setiausaha Akhbar, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Dalam perkembangan lain, Azmin turut menafikan dakwaan beliau lepas tangan dalam isu pemecatan bekas pegawai tertinggi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Saya juga salah seorang mangsa, jadi tidak benar kalau kata saya lepas tangan.

"Saya telah minta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi untuk meneliti perkara ini dan adakah penamatan perkhidmatan ini mengikut undang-undang  sedia ada," katanya.



Tags / Kata Kunci: MBI , Azmin Ali , Faekah Husin

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan