G25 Bertemu Wakil PM, Agensi Kerajaan Malam Ini

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 6:58 PM

Datuk Noor Farida Ariffin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertemuan Kumpulan 25 Melayu Terkemuka (G25) dengan wakil Pejabat Perdana Menteri dan agensi kerajaan berkaitan pada malam Rabu adalah atas arahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin, perjumpaan itu bagi membolehkan agensi kerajaan berkaitan memberi syor bersesuaian untuk pertimbangan Perdana Menteri berikutan isu-isu yang ditimbulkan oleh G25 di dalam surat terbuka.

"Ia adalah perjumpaan awal bagi membincangkan dan mencapai kata sepakat untuk agenda bagi pertemuan G25 dengan Perdana Menteri," katanya sambil menambah pihaknya memohon untuk bertemu Perdana Menteri sendiri dan ia dipersetujui wakil pemimpin nombor satu negara itu.

Sehubungan itu, kata Noor Faridah lagi, pertemuan pada malam Rabu adalah untuk membincangkan persediaan dan menetapkan agenda bagi pertemuan dengan Perdana Menteri nanti.

Katanya lagi, pertemuan itu telah diatur sejak 22 Disember 2014 lalu di antara beliau dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah.

"Tanggapan bahawa Perdana Menteri melecehkan saranan G25 atau pertemuan yang diaturkan malam Rabu berikutan perjumpaan di antara tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak tepat," katanya.

G25 yang terdiri daripada kebanyakannya bekas pegawai tinggi awam, duta-duta, ahli akademik dan aktivis hak sivil, telah mengeluarkan satu surat terbuka yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 8 Disember di mana mereka melahirkan rasa kecewa yang teramat berhubung beberapa pertikaian berterusan yang tidak dapat diselesaikan mengenai kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

Selain Noor Farida, yang juga merupakan bekas duta ke Belanda, G25 juga terdiri daripada bekas duta, Datuk Abdul Kadir Mohd Deen, Datuk Dali Mahmud Hashim, Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, Datuk Redzuan Kushaairi dan Datuk Syed Arif Fadhillah.

Bekas Ketua Setiausaha yang merupakan sebahagian daripada wakil G25 adalah Tan Sri Abdul Rahim Din (KDN), Tan Sri Dr Aris Othman (Kewangan), Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim (Kewangan) dan Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid (Tenaga, Komunikasi dan Multimedia) dan bekas Timbalan setiausaha Agung Datuk Zainuddin Bahari (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

Bekas ketua pengarah dalam G25 adalah Tan Sri Dr Ismail Merican (Kesihatan), Tan Sri Mustaffa Babjee (Perkhidmatan Veterinar) dan Datuk Zainal Abidin Ahmad (MTIB).

Wakil lain termasuklah pengasas Institut Jantung Negara Tan Sri Dr Yahya Awang, bekas Penasihat Kanan Serantau, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Datuk Anwar Fazal, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Latifah Merican Cheong, leftenan jeneral Datuk Maulob Maamin, wakil Suara Wanita Datuk Faridah Khalid, bekas pesuruhjaya Suhakam Ranita Hussein dan bekas pensyarah Universiti Malaya dan pengasas (Pcore) Datin Halimah Mohd Said.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Islamic Renaissance Front (IRF), Sisters in Islam (SIS) dan Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) telah mengadakan pertemuan peribadi dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa lepas untuk membincangkan kebimbangan mereka berhubung ketegangan yang semakin meningkat dan kerajaan yang dilihat kurang mengambil tindakan terhadap isu-isu ini.





Tags / Kata Kunci: G25 , 25 Melayu Terkemuka

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan