Terpulang Kepada Pengusaha Bas Sekolah Tetapkan Tambang - PPBSM

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengusaha bas sekolah akhirnya mengambil pendirian bahawa mereka bebas menentukan struktur tambang menjelang musim persekolahan yang akan bermula Ahad ini.

Bagi pengusaha bas sekolah ini, langkah yang akan dilakukan adalah berunding terus dengan ibu bapa.

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata, keengganan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memperkenalkan harga siling atau kadar tambang asas merumitkan keadaan.

"Kita terpaksa ikut sistem yang ditetapkan. Sekarang terpulang kepada pengusaha bas untuk tentukan kadar tambang masing-masing. Kalau ada pengusaha bas yang nak naikkan tambang bas 100 peratus... terpulang kepada mereka sebab tiada harga siling.

"Yang pasti, pengusaha bas tetap menaikkan surcaj tambang selepas mengambil kira peningkatan pelbagai kos yang perlu ditanggung selepas lebih lima tahun tambang bas sekolah tidak pernah dikaji semula. Kami juga menanggung pelbagai peningkatan kos operasi," katanya kepada mStar Online.

Malah, sebelum ini, beliau tidak menolak ada pengusaha bas yang akan menaikkan tambang sebanyak 30 hingga 50 peratus.

"Jangan terkejut jika berlaku kenaikan  antara 30 hingga 50 peratus. Ini kerana peratusan kenaikan akan diputuskan oleh pengusaha bas sendiri  selepas kadar tambang asas bas sekolah yang diwarta di bawah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 2009 sudah tidak relevan lagi," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu ini, Amali Munif berkata, kemelut itu dilihat tiada berpenghujung kerana SPAD dilihat acuh tidak acuh dalam menangani isu ini.

"Tiada ada jalan penyelesaian daripada SPAD dalam mengatasi masalah yang membabitkan perkhidmatan bas sekolah. Apa yang saya lihat, mereka lebih banyak beri masalah kepada kami," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, walaupun pengusaha bas tersepit dalam kemelut ini, individu yang paling terkesan adalah ibu bapa yang bergantung kepada perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

"Walaupun kami tersepit tapi ibu bapa akan merasa bebanannya nanti. Tiada apa yang boleh kita lakukan... surcaj perlu dinaikkan berikutan pelbagai kos yang perlu ditanggung," katanya.










Tags / Kata Kunci: bas sekolah , SPAD

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan