Anggota, Pegawai 18 RAMD Dikerah Lakukan Pembersihan Di Terengganu - Berita Semasa | mStar

Anggota, Pegawai 18 RAMD Dikerah Lakukan Pembersihan Di Terengganu

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 2:05 PM

Mohd Tahir (dua dari kiri) meninjau lambakan kayu balak yang dihanyutkan arus banjir dan menghalang laluan jalan Kampung Rantau Panjang ke Bukit Besi sewaktu mengadakan tinjauan keadaan kawasan yang terjejas banjir di sini, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Sebanyak 364 anggota dan pegawai Batalion Ke-18  Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) yang berpangkalan di Kem Sri Pantai Seberang Takir dikerah untuk membantu kerja pembersihan pasca banjir di negeri ini.

Pegawai Memerintah 18 RAMD, Lef Kol Mohd Tahir Symon berkata, program gotong-royong itu bersama agensi lain dimulakan sejak dua hari lepas.

Beliau memberitahu Bernama pihaknya bertumpu di semuah daerah untuk membersihakan rumah ibadat, sekolah, premis perniagaan, kawasan kediaman dan pusat perubatan.

Sementara itu, katanya, laluan alternatif ke Kampung Shukor-Pasir Raja yang dibina Rajimen Askar Jurutera Diraja siap Ahad lalu.

Tags / Kata Kunci: RAMD , banjir , Kem Sri Pantai
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan