PAS Akui Kelantan Kurang Bersedia Hadapi Banjir Besar Baru-Baru Ini

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 5:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS mengakui kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti itu masih tidak cukup persiapan dalam menghadapi bencana banjir walaupun negeri berkenaan dilanda musibah tersebut saban tahun.

Setiuasaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, masih terdapat kelemahan dari segi persediaan menghadapi banjir terutama banjir luar biasa seperti yang melanda baru-baru ini.

"Kami akui kami memang tidak cukup persediaan, seperti sebelum ini keadaan banjir adalah normal dan kami boleh menanganinya, tetapi banjir kali ini amat luar biasa dan dengan sumber terhad, kami memang tak cukup bersedia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Pemulihan Pasca Banjir Peringkat PAS Pusat di sini, Selasa.

Mustafa berkata, beliau difahamkan banjir yang melanda baru-baru ini disebabkan hujan berlebihan selama empat hari yang jumlahnya sama dengan hujan selama 64 hari tanpa henti.

Bagaimanapun, katanya wujud kesedaran akhir-akhir ini dan kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan kerajaan pusat bagi memperkemaskan SOP (prosedur operasi standard) bagi menghadapi keadaan banjir luar biasa pada masa depan.

Sementara itu, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengurus Tabung Khas Pemulihan Pasca Banjir bertujuan untuk mengumpul dana sumbangan daripada dalam dan luar negara.

Tujuan utama penubuhan tabung tersebut ialah untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara khususnya Kelantan.

"Kita akan kutip sebanyak yang kita mampu untuk membantu mangsa terutama di tiga daerah teruk terjejas iaitu di Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang yang mengalami 'total lost', hilang pendapatan dan harta benda," kata Mustafa.

Katanya satu majlis makan malam perdana juga akan diadakan bagi mengumpul dana dan akan disalur kepada mangsa banjir.

Tags / Kata Kunci: PAS , banjir , Mustafa Ali

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan