QZ8501: Laut Bergelora Mungkin Hanyutkan Bangkai Pesawat

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 9:04 AM

-foto AP

(Ubah saiz teks)

PANGKALAN BUN: Pasukan mencari dan menyelamat meluaskan carian mereka di Laut Jawa dalam usaha mencari mayat dan bangkai penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 di mana pihak berkuasa percaya ia telah hanyut akibat cuaca buruk yang juga telah menghalang operasi sejak minggu lalu.

Ketika usaha carian besar-besaran memasuki hari kesembilan, para pegawai masih berharap cuaca buruk akan pulih untuk seketika bagi membolehkan penyelam sampai ke kawasan di mana sebahagian besar daripada pesawat Airbus A320-200 yang terhempas ditemui.

Hanya 37 mayat dijumpai setakat ini dari lokasi kejadian dan masih tidak ada tanda daripada perakam 'kotak hitam', yang merupakan kunci utama untuk menentukan punca kejadian yang berlaku pada 28 Disember lalu.

Ketua agensi SAR Bambang Soelistyo berkata tiga lagi mayat daripada kemalangan itu telah ditemui pada Isnin, tetapi hanya dua penyelam yang dapat turun untuk mencari bangkai pesawat di perairan pulau Borneo.

Lima bahagian besar pesawat, termasuk bahagian yang disyaki ekor pesawat, setakat ini telah dikesan.

"Cuaca amat buruk. Jadi (kebanyakan) penyelam masih dalam keadaan bersiap sedia," kata Soelistyo kepada pemberita.

Pencarian dibantu oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Rusia, cuba diluaskan ke arah timur apabila dipercayai arus deras menyebabkan bahagian-bahagian kapal terbang dihanyutkan.

Terdahulu, pada Isnin beberapa pesawat berlepas dari bandar ini di Borneo, landasan kapal terbang yang paling hampir dengan kawasan bangkai, untuk menjelajah ke permukaan laut. 
Bot laju telah digunakan untuk mencari mayat-mayat yang mungkin telah hanyut ke daratan.

Pegawai rasmi pasukan mencari dan menyelamatkan S.B. Supriyadi berkata pasukan carian telah menilai sama ada untuk mengangkat bahagian pesawat yang  ditemui di dasar laut dalam usaha untuk mencari kotak hitam perakam data penerbangan.

"Kami berharap dapat mencari kotak hitam secepat mungkin," katanya.

"Jika ekor pesawat berada dalam keadaan terbalik dan pintu kotak hitam berada dalam lumpur, kita perlu menggali dasar laut dan ia akan menjadi satu tugas yang sukar. Kami berharap pintu kotak hitam menghala ke atas. "

Laporan oleh BMKG menyatakan kemungkinan besar punca kemalangan, berdasarkan gambar satelit infra-merah menunjukkan pesawat itu melalui awan dengan suhu  -80 hingga -85 °Celsius.

Tetapi masih tidak jelas mengapa pesawat lain di laluan yang sama tidak terjejas oleh cuaca, dan penganalisis lain berkata tidak ada maklumat yang cukup untuk menjelaskan mengenai bencana itu sehingga perakam penerbangan telah ditemui.

Operasi ini telah memberi keutamaan terhadap mencari mayat mangsa. Beberapa mayat yang ditemui masih terikat di tempat duduk mereka.
Tags / Kata Kunci: QZ8501 , AirAsia Indonesia , bangkai pesawat

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan