QZ8501: Identiti Tiga Lagi Mangsa Dikenal Pasti

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 11:54 PM

Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Kasturi menemui satu mayat wanita di kawasan pencarian Lautan Kalimantan pada pukul 2 petang waktu Malaysia, Isnin. Mayat kemudian diserahkan kepada helikopter Badan SAR Nasional (BASARNAS) Indonesia untuk bedah siasat dan identifikasi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI) pada Selasa mengesahkan identiti tiga lagi mangsa nahas AirAsia Indonesia QZ8501 telah dikenal pasti.

Mereka ialah Indra Yulianto, Hindarto Halim dan Jou Brian Youvito, ketiga-tiganya lelaki.

AirAsia Indonesia dalam kenyataannya berkata mayat ketiga-tiga mangsa telah diserahkan kepada keluarga masing-masing awal hari ini di Hospital  Bhayangkara, Surabaya.

Setakat ini, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) mengesahkan telah menemukan mayat 39 penumpang.

Identiti 16 daripadanya telah dikenal pasti oleh DVI Polri sementara 23 mayat mangsa masih dalam proses pengecaman.

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini diteruskan di sekitar kawasan yang pesawat itu kemungkinan besar berada.

"Lebih 40 kapal dan 20 helikopter telah dikerahkan dan memberi tumpuan untuk mencari lokasi sebenar bangkai pesawat dan juga kotak hitam.

"Keadaan cuaca mendung dengan hujan renyai dan ombak setinggi 2-3 meter. Bagaimanapun, arus di dasar laut masih bergelora sekitar 4-5 knot dan jarak penglihatan masih terhad untuk pasukan penyelam menghasilkan penemuan di bawah permukaan laut," kata kenyataan itu.

Pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 hilang daripada imbasan radar pada 28 Disember semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia, bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah di Indonesia.

Tags / Kata Kunci: AirAsia , QZ8501

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan