QZ8501: Pasukan SAR Harap Cuaca Baik Bantu Operasi

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

PANGKALAN BUN: Pasukan mencari dan menyelamat pada Selasa berusaha mencari kotak hitam perakam penerbangan pesawat AirAsia yang terhempas dan mencari bahagian-bahagian mayat yang hancur, mengambil kesempatan daripada cuaca baik di mana operasi carian pada sembilan hari lalu terhalang kerana cuaca buruk.

Pegawai-pegawai Indonesia percaya bahawa mereka mungkin telah mengesan bahagian ekor dan bahagian-bahagian badan pesawat Airbus A320-200 di bahagian dasar Laut Jawa, tetapi arus kuat, angin kencang dan ombak besar telah menghalang percubaan untuk menghantar penyelam untuk menjalankan siasatan.

Penerbangan QZ8501 menjunam ke dalam air di pulau Borneo pada 28 Disember, kira-kira 40 minit penerbangan dua jam dari bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya ke Singapura. Tidak ada yang ditemui selamat di antara 162 orang yang berada di dalam pesawat.

Jakarta telah melancarkan tindakan serta-merta ke atas sektor penerbangannya berikutan kemalangan itu, menyusun semula tugas beberapa pegawai dan mengetatkan peraturan prosedur pra-penerbangan dalam negara yang berdepan reputasi keselamatan udara yang pelbagai.

Tentera Udara Lt Kol Jhonson Supriadi, yang bercakap dari Pangkalan Bun, selatan bandar Borneo di mana operasi carian multinasional berpengkalan berkata cuaca yang lebih baik dapat dilihat pada awal pada hari Selasa.

"Ia cukup baik. Kami akan mula mencari secepat mungkin," kata beliau sambil menambah cuaca dijangka 'kembali buruk' selepas itu.

Fokus utama pencarian itu dilakukan kira-kira 90 batu nautika dari Borneo, di mana lima objek besar dipercayai bahagian pesawat yang terbesar dengan ukuran kira-kira 18 meter (59 kaki) dikesan oleh kapal menggunakan sonar di perairan cetek.

Kapten kapal peronda tentera laut Indonesia, pada Isnin berkata kapalnya telah menemui apa yang dipercayai sebagai ekor  pesawat, satu penemuan utama di mana bahagian pesawat itu menempatkan perakam data penerbangan dan data suara kokpit tetapi pegawai daripada agensi mencari dan menyelamat berkata ia belum disahkan.

Sebelum ini pegawai telah mencadangkan objek yang lebih besar yang berkemungkinan besar adalah sebahagian daripada bangkai pesawat, di mana banyak mayat mungkin masih terperangkap di dalamnya.
Tags / Kata Kunci: QZ8501 , pasukan SAR , AirAsia Indonesia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan