Bersih Puji SPR Tidak Tambah Kerusi Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 5:55 PM

Orang ramai mengambil gambar peta terkini Bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah sebanyak 11 daripada 71 bahagian di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak di Kucing pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak menambah bilangan kerusi Parlimen dalam Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya di Sarawak.

"Bersih mengucapkan tahniah kepada SPR kerana bertindak mematuhi perlembagaan berhubung jumlah kerusi Parlimen yang diperuntukkan bagi Sarawak seperti yang terkandung dalam Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan," kata aktivis Bersih, Wong Chin Huat pada Selasa.

Bercakap pada sidang media di sini, Wong menegaskan bahawa ini adalah kali pertama proses persempadanan semula tidak membabitkan peningkatan kerusi Dewan Rakyat.

"Ini menunjukkan SPR mengendahkan nasihat masyarakat supaya tidak merampas kuasa Parlimen," kata Wong.

Pada Isnin SPR mula mempamerkan syor jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah sebanyak 11 daripada 71 bahagian.

Jumlah tambahan 11 bahagian baharu itu akan menjadikan jumlah keseluruhan bahagian pilihan raya negeri Sarawak kepada 82.

Sebelas bahagian pilihan raya negeri yang baharu disyorkan itu ialah N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.18 Serembu, N.23 Triboh, N.26 Gedong, N.40 Kabong, N.57 Telian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju dan N.78 Long Lama.

Tags / Kata Kunci: SPR , Bersih 2.0

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan