QZ8501: Ketua Tentera Sedia Bawa Keluarga Mangsa Sertai Operasi Carian

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 9:25 AM

Jeneral Moeldoko bercakap kepada pemberita, Isnin.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Komander tentera Indonesia Jeneral Moeldoko berkata beliau bersedia untuk membawa ahli keluarga mangsa penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 menyertai operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Laut Jawa.

"Jika mereka mahu, kita boleh membawa mereka dengan pesawat Hercules kami ke Pangkalan Bun (pusat Kalimantan) dan dari sana mereka boleh pergi ke kawasan carian dengan salah sebuah KRI (kapal laut) kami," kata Moeldoko pada Isnin.

"Saya percaya penyertaan mereka dalam misi carian akan membantu mereka mengurangkan rasa kehilangan dan kesedihan. Jika mereka ingin menabur bunga ke dalam laut, kita juga boleh menyediakannya. "

Katanya beliau telah menyampaikan idea ini secara peribadi kepada ahli-ahli keluarga dan saudara-mara 162 mangsa di atas pesawat Airbus A320-200 itu yang terhempas di perairan Pangkalan Bun pada 28 Disember lalu.

Di samping itu, Ketua Polis Negara Jeneral Sutarman berikrar bahawa Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Indonesia akan dapat mengenal pasti semua mayat penumpang AirAsia dan anak-anak kapal.

"Pasukan DVI kami mampu mengenal pasti mayat, tidak kira bagaimana keadaan kerosakan mereka. Tetapi sudah tentu kita akan memerlukan lebih banyak masa jika kita tidak menemui mayat sebagai satu bahagian, " kata Sutarman, sambil menambah pasukan itu mungkin mengambil masa sehingga tiga minggu untuk mengenal pasti mayat-mayat yang  tidak sempurna.

Beliau berkata pasukan DVI terdiri daripada 260 ahli patologi forensik termasuk profesional dari Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan Australia.  - The Jakarta Post/Asia News Network
Tags / Kata Kunci: KRI , pesawat Hercules , QZ8501

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan