Sistem Telekomunikasi Di Kelantan Mesti Pulih Jumaat Ini - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 11:56 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Kementerian Komunikasi dan Multimedia meminta semua perkhidmatan sistem telekomunikasi di Kelantan yang terjejas akibat banjir buruk baru-baru ini dipulihkan sepenuhnya, Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu diputuskan pada pertemuan dengan semua pembekal perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom, Maxis dan DiGi di sini Isnin.

"Saya telah meletakkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kepada semua pembekal telekomunikasi ini agar semua perkhidmatan mesti dipulihkan sepenuhnya pada Jumaat ini.

"Ketika taklimat bersama pembekal perkhidmatan telekomunikasi ini, mereka telah memaklumkan sehingga semalam perkhidmatan itu telah dapat dipulihkan di negeri ini sehingga 75 hingga 80 peratus," katanya kepada pemberita selepas melawat dua stesen pemancar komunikasi selular di bandar ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat dan Sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Tengku Zaib Raja Ahmad.

Ahmad Shabery berkata, cabaran besar syarikat perkhidmatan itu ketika banjir besar di negeri ini ialah stesen pemancar mereka telah ditenggelami air yang menyebabkan berlakunya kerosakan.

"Apabila rosak ia memerlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang untuk pulih. Ada yang terpaksa bergantung kepada bateri yang bertahan untuk beberapa jam.

"Selepas itu terpaksa menggunakan set generator (genset) yang juga bertahan dalam tempoh enam hingga lapan jam jika minyak dieselnya penuh," katanya.

Beliau turut melahirkan kekecewaan dengan laporan berlakunya kira-kira 21 kes kecurian generator dan vandalisme terhadap sistem pemancar, dengan enam kes di Kelantan.

Tindakan itu adalah sesuatu yang tidak wajar kerana ia telah menyusahkan banyak pihak apabila terputusnya sistem telekomunikasi baru-baru ini, katanya.

Ahmad Shabery berkata, beliau akan duduk semeja dengan semua syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk membincangkan langkah bagi menangani masalah apabila berlakunya bencana seperti ini pada masa hadapan.

"Kalau berlaku yang sama seperti elektrik terputus dan pemancar ditenggelami air, kami nak melihat apa pilihan lain yang kami ada. Perlu ada langkah yang lebih baik untuk tangani bencana.

"Kami mesti ada ukuran kesiapsiagaan nasional dalam menghadapi bencana ini. Ini aspek penting dalam sistem telekomunikasi," katanya.

Beliau berkata apa penting adalah nyawa rakyat yang terputus hubungan, akibat kegagalan sistem komunikasi, untuk menghubungi mana-mana pihak ketika bencana.

"Kita tidak lagi mahu mendengar alasan syarikat telekomunikasi kepada pengguna dan sebab itu saya mahu sistem ini mesti dibaiki dalam tempoh yang munasabah," katanya.

Menurutnya syarikat telekomunikasi menganggarkan kerugian bagi setiap stesen pemancar mereka yang musnah akibat banjir adalah RM300,000.

"Tetapi Alhamdulillah di Kelantan seperti di Gua Musang dan Kuala Krai baru-baru ini (ketika banjir) masih ada 20 peratus lagi yang belum terputus (sistem telekomunikasi)," katanya.


Terdapat 700 stesen pemancar telekomunikasi dianggarkan di Kelantan ketika ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan