USIM Meterai MoU Dengan Dua Universiti Islam Terkemuka Nigeria

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 3:54 PM

Asma (empat dari kiri) menyaksikan penyerahan dokumen perjanjian persefahaman di antara Musa dan Prof. Shehu G. Ado (dua, kiri) dan Prof. Abdul Ganiyu Ambali (tiga dari kiri) sempena Majlis Menandatangani MoU antara Usim dan dua universiti dari Nigeria itu di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan dua buah universiti Islam terkemuka Nigeria iaitu Al-Qalam University dan Ilorin University.

Pada majlis yang berlangsung di USIM di sini, ketiga-tiga universiti diwakili Naib Canselor masing-masing iaitu Prof Datuk Dr Musa Ahmad (USIM), Prof Shehu G. Ado (Al-Qalam University) dan Prof Abdulganiyu Ambali (Ilorin University).

Pemeteraian MoU itu disaksikan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Datuk Prof Asma Ismail.

Ia diadakan bersempena 'Bengkel Kerjasama dalam Kepemimpinan bagi Pendidikan Tinggi - Wawasan daripada Perspektif Islam' mulai hari ini sehingga Rabu melibatkan lapan anggota delegasi.

Program itu dianjurkan Kursi Kepemimpinan Islam di bawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM dengan kerjasama USIM 'Alamiyyah.

Sementara itu, Musa berkata, memorandum itu bakal memberi manfaat kepada kedua-dua universiti sebagai rakan strategik dalam meningkatkan peluang serta potensi untuk pertukaran pelajar dan kakitangan.

Ini, katanya, bagi memenuhi kehendak dan keperluan institusi untuk menggalakkan pemindahan kepakaran serta idea.

Di samping itu, katanya pelbagai peluang akan diperoleh yang membolehkan sesi bengkel atau latihan dijalankan secara bersama serta penerokaan projek-projek penyelidikan dan pembangunan.

Ini termasuk kerjasama dalam penerbitan untuk percambahan idea bagi isu kepimpinan dan pengurusan dalam Islam, katanya.

Tags / Kata Kunci: USIM , Nigeria , Al-Qalam University

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan