Benarkan Pelajar Bawa Telefon Bimbit Asas Ke Sekolah - Exco Kedah

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 12:31 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, beliau mencadangkan hanya telefon bimbit asas untuk dibawa pelajar ke sekolah.

Beliau berkata ia lebih berupa telefon yang hanya mempunyai fungsi menghantar pesanan ringkas serta membuat panggilan dan bukannya telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi.

"Ada negara lain yang membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah tetapi dengan item untuk panggilan masuk dan keluar sahaja yang telefon sebegini ditawarkan syarikat telekomunikasi," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung cadangan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, yang mendapat pelbagai reaksi.

Beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, kerana bimbang ia akan mengganggu pembelajaran pelajar yang akan leka dengan telefon mereka.

Namun Tajul Urus berkata penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar bukan dibenarkan secara bebas tetapi perlu dikenakan syarat tertentu.

"Misalnya guru dikehendaki menyimpan telefon pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tetapi di waktu rehat, pelajar dibenarkan mengakses telefon mereka sama ada untuk membuat panggilan kepada ibu bapa atau keperluan mustahak lain," jelasnya.

Beliau berkata beliau lebih melihat kepada aspek keselamatan untuk membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah.

"Misalnya dalam perjalanan mereka pergi atau pulang dari sekolah sama ada dengan menaiki bas atau berjalan kaki, mereka boleh menggunakan telefon untuk meminta pertolongan sekiranya keselamatan mereka terancam," katanya.

"Hari ini pun sudah ramai pelajar yang membawa telefon ke sekolah walaupun  terdapat peraturan yang tidak membenarkannya," tambahnya.
Tags / Kata Kunci: telefon bimbit , Tajul Arus Mat Zain , PIBG

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan