Sifat Dermawan Perkukuh Imej Positif Kapten Zaharie - Rakan

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 12:30 AM

zaharieahmadshah

Kapten Zaharie Ahmad Shah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sifat dermawan Kapten Zaharie Ahmad Shah membantu membersihkan spekulasi buruk berkaitan juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 malah memperkukuhkan lagi mengenai beliau sebagai seorang yang sangat positif, kata salah seorang rakannya.

Kapten Ahmad Zaharie adalah salah seorang penyumbang utama bagi rumah perlindungan untuk kanak-kanak yatim/piatu pembawa virus HIV, POSHe yang terletak di Kampung Bukit Kerayong, Kapar, Selangor.

Dr Mohd Ghouse Mohd Noor yang merupakan rakan sekolah Kapten Zaharie di Penang Free School, Pulau Pinang berkata, tuduhan liar pihak tertentu termasuk segelintir media Barat yang mengaitkan Kapten Zaharie sebagai punca kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac tahun lalu adalah tidak wajar.

Kapten Zaharie merupakan salah seorang penyumbang utama rumah perlindungan POSHe.

Katanya, Biro Siasatan Persekutuan (FB) Amerika Syarikat sendiri mengesahkan simulator penerbangan milik Kapten Zaharie tiada kena-mengena dengan insiden kehilangan MH370 yang sehingga kini terus menjadi misteri.

"Saya berpendapat bahawa unsur-unsur negatif menerusi dakwaan sesetengah pihak yang boleh menutup keperibadian beliau yang positif itu hanya sekadar masalah persepsi masyarakat.

"Setiap orang mempunyai sisi yang baik dan tidak baik. Namun ia adalah masalah persepsi, bukannya masalah perkara itu betul atau salah dan tidak semestinya persepsi itu betul.

"Bagi saya, Kapten Zaharie merupakan insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan salah dan silap. Beliau sebagai dermawan bukan memperlihatkan sisi positifnya tetapi memperkuatkan lagi bahawa dirinya seorang yang sangat positif,” katanya kepada mStar Online sambil menambah bahawa pihak berkuasa turut berusaha untuk membersihkan imej juruterbang MH370 itu.

Kapten Zaharie bersama dengan simulator penerbangan miliknya.

Mstar Online pada Rabu lalu melaporkan rumah perlindungan POSHe membawa amanat dua penyumbang utamanya iaitu Kapten Zaharie dan juga juruterbang pesawat MH17 yang terbabit nahas pada 17 Julai tahun lalu, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin, untuk meneruskan perjuangan dalam membela nasib kanak-kanak kurang bernasib baik.

Dr Mohd Ghouse berkata, beliau tidak terkejut apabila mengetahui Kapten Zaharie terlibat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan menerusi sumbangannya kepada rumah perlindungan itu.

Dr Mohd Ghouse Mohd Noor.

Tambahnya, juruterbang itu pernah memberi panduan kepada orang ramai di laman sosial Youtube tentang bagaimana untuk menjimatkan elektri menerusi penggunaan pendingin hawa.

"Beliau sangat prihatin tentang orang lain. Mengetahui Kapten Zaharie sebagai penyumbang utama POSHe, ia dilihat sebagai pemangkin kepada saya untuk terus menyokong beliau.

"Beliau bukan seorang yang biasa tetapi seorang yang sangat bertanggungjawab, mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi sehingga tanpa kita ketahui pun, beliau telah terlibat dengan kerja-kerja amal yang baharu hari ini saya dapat tahu," katanya yang mewujudkan akaun Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370’ (Rakan-rakan Kapten Zaharie MH370) sebagai tanda sokongan dan penghormatan buat juruterbang itu.

Akaun Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370’ sebagai tanda sokongan dan penghormatan buat juruterbang itu.

Dr Mohd Ghouse berkata, jasa baik Kapten Zaharie selama ini terhadap POSHe seharusnya diteruskan dan mendapat lebih banyak sokongan masyarakat termasuk keluarga dan kenalan beliau supaya perjuangan bagi membelas nasib golongan kurang bernasik baik itu berterusan.

"Kepada POSHe, peganglah pesanan beliau supaya tidak berhenti atau putus asa. Teruskan memberi perhatian kepada anak-anak yatim/piatu pembawa virus HIV.

"Walaupun Kapten Zaharie tidak di sini, tetapi kita semua harus bersama-sama membawa semangat beliau bagi memastikan hasratnya untuk melihat perjuangan POSHe diteruskan tercapai," katanya yang tidak henti-henti meluahkan rasa terharunya atas amalan baik juruterbang MH370 itu.

Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370' yang ditubuhkan Dr Mohd Ghouse bagi mengumpulkan lebih ramai orang untuk mengenali siapa sebenarnya juruterbang berkenaan dan tidak menghakiminya sepanjang kehilangan beliau akibat nahas MH370.

Laman sosial itu akan terus melaporkan berita-berita positif yang akan membantu minda supaya lebih prihatin terhadap perasaan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan Zaharie selain memberikan sokongan moral kepada mereka.

Berikut merupakan video yang dimuat naik oleh Kapten Zaharie di Youtube sebagai panduan mengenai bagaimana untuk menjimatkan elektrik menerusi penggunaan pendingin hawa.

Tags / Kata Kunci: Kapten Zaharie Ahmad Shah , POSHe , MH370 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan