KWSP Permudah Pengeluaran Pinjaman Perumahan Dengan E-Pengeluaran

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 7:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan ahli-ahli yang mempunyai pinjaman perumahan dengan RHB Bank dan Maybank boleh memilih menghantar permohonan pengeluaran mereka secara dalam talian melalui kemudahan e-Pengeluaran untuk pembayaran balik pinjaman perumahan.

Kemudahan itu yang disediakan melalui i-Akaun, memudahkan permohonan pengeluaran secara dalam talian bagi pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan dan mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan, kata KWSP dalam satu kenyataan, Isnin.

"Ahli perlu mendaftar sebagai pengguna i-Akaun untuk menggunakan kemudahan ini," kata KWSP.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Operasinya, Datuk Mohd Naim Daruwish berkata, pada awalnya mereka memperkenalkan e-Pengeluaran dengan RHB Bank, dan setakat ini telah menerima lebih daripada 10,000 permohonan pengeluaran daripada ahli yang mempunyai pinjaman perumahan bersama bank tersebut.

"Kemudahan e-Pengeluaran membolehkan ahli menghantar permohonan pengeluaran secara dalam talian dengan cepat, tepat dan mudah. Ahli hanya perlu datang ke cawangan KWSP untuk pengesahan ibu jari.

"Kami kini sedang bekerjasama dengan Maybank dan kami akan meluaskan perkhidmatan ini kepada ahli yang mempunyai pinjaman perumahan dengan bank-bank lain tidak lama lagi," katanya.

Kemudahan e-Pengeluaran boleh digunakan oleh ahli yang telah membuat pengeluaran yang sama sebelum ini. Ahli-ahli mestilah pembeli dan pemilik rumah termasuk sebagai peminjam perumahan sama ada daripada RHB Bank atau Maybank.

Mohd Naim berkata, KWSP juga merancang untuk memperluaskan kemudahan e-Pengeluaran ini dalam skim pengeluaran lain seperti membeli rumah, pendidikan dan kesihatan. 


Tags / Kata Kunci: KWSP , e-pengeluaran , RHB , perumahan

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan