3,000 Khemah Untuk Penempatan Sementara Mangsa Banjir

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 6:05 PM

Penduduk Kampung Awah, Maran, Baharin Mohamad, 54, termenung melihat keadaan rumahnya yang rosak teruk dan disaluti lumpur ketika pulang untuk membersihkan rumahnya di sini selepas dilanda banjir besar.

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kerajaan menyediakan 3,000 khemah untuk dijadikan kediaman sementara bagi mangsa yang kehilangan rumah atau rosak teruk di negeri-negeri yang dilanda bencana banjir.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, khemah itu akan dipasang secara berperingkat di kawasan yang mangsa memerlukan kediaman segera seperti di jajahan Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Katanya di Gua Musang, 171 khemah akan dipasang di satu tapak berhampiran kawasan Bandar Utama dan jumlahnya akan ditambah jika ada lagi mangsa yang memerlukan kemudahan tersebut.

Bercakap kepada pemberita ketika melancarkan pemasangan khemah di Bandar Utama di sini, Isnin beliau berkata, kerajaan akan menyediakan kemudahan yang mencukupi di penempatan sementara itu seperti bilik mandi, tandas dan ruangan solat.

"Khemah ini ada pelbagai saiz ... jika sesebuah keluarga itu mempunyai bilangan anggota yang ramai, kita akan beri khemah bersaiz besar," katanya.

Beliau berkata setakat ini belum dapat dipastikan selama mana mangsa banjir itu akan dibenarkan tinggal di khemah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan