Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang, Perak, Kelantan Menurun Pagi Isnin

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 12:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa di pusat pemindahan di Pahang, Perak dan Kelantan menurun pagi ini manakala bilangan di Johor kekal seperti malam tadi.

Di Sabah, sejumlah 50 mangsa di Pitas kini dalam proses untuk pulang ke rumah masing-masing susulan keadaan banjir yang beransur pulih.

Jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang, Perak, Kelantan dan Johor ialah 41,421 orang pagi ini berbanding 43,925 orang malam tadi termasuk di Sabah.

Di PAHANG, 29,547 mangsa masih berada di 126 pusat pemindahan di tujuh daerah berbanding 31,921 mangsa malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Pekan mempunyai mangsa paling ramai iaitu 11,153 orang, Temerloh (10,576), Maran (2,771), Bera (2,352), Jerantut (1,534), Kuantan (1,130) dan Lipis (31).

Di PERAK, jumlah mangsa menurun kepada 5,728 orang daripada 1,603 keluarga pagi ini berbanding 5,793 orang daripada 1,628 keluarga malam tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata mangsa berada di 38 pusat pemindahan di lima daerah iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Manjung dan Hilir Perak.

Jumlah mangsa di Kuala Kangsar kini 96 orang, Perak Tengah (4,562), Hulu Perak (617), Hilir Perak (300) dan Manjung (153).

Bilangan mangsa di KELANTAN pagi ini sebanyak 6,126 orang daripada 1,402 keluarga di empat jajahan, berbanding 6,141 orang malam tadi.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri berkata jumlah mangsa yang direkodkan ialah Kuala Krai dengan 2,627 orang, Gua Musang (2,189), Tanah Merah (1,106) dan Machang (204).

Di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor berkata mangsa kekal 20 orang daripada lima keluarga pagi ini di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.

Di SABAH, operasi pusat pemindahan di Kampung Kebatasan, Pitas akan ditutup mulai hari ini memandangkan keadaan banjir beransur baik.

Jurucakap Pusat Media Operasi Banjir Daerah Pitas berkata pihak petugas kini sedang dalam proses menghantar 50 mangsa untuk pulang mulai pagi ini.

Tags / Kata Kunci: Banjir

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan