Henti Buat Tuduhan - Palanivel

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 9:04 PM

G. Palanivel.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel menggesa orang ramai supaya berhenti membuat dakwaan yang tidak benar terhadap diri beliau dan keluarganya berhubung pemilihan parti baru-baru ini.

Palanivel berkata beliau memahami sepenuhnya reaksi segelintir individu yang menyebarkan kata-kata penghinaan terhadap keluarga dan dirinya seperti yang disiarkan oleh sesetengah media.

"Walaupun pada mulanya saya enggan memberikan reaksi balas, saya merasakan saya perlu menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat oleh segelintir individu terbabit adalah tidak benar.

"Saya telah menjelaskan pada Isnin, langkah-langkah yang diambil berkaitan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa isteri dan tiada ahli keluarga saya yang lain ada kaitan dengan pentadbiran MIC.

"Saya menggesa semua pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan segala tuduhan yang membabitkan ahli keluarga saya," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Palanivel turut menjelaskan bahawa beliau sebagai presiden parti telah melantik seorang peguam bernama Chandra untuk bertindak mewakili parti.

Palanivel berkata Chandra adalah individu berkelayakan dan mempunyai pengalaman luas dalam menangani kemelut ini.

"Bukan saya mahupun timbalan presiden (Datuk Dr S. Subramaniam) layak untuk menangani isu berkaitan perundangan.

"Oleh itu, tiada apa-apa kesalahan dalam pelantikan (Chandra) dan penglibatannya untuk MIC dalam isu berkaitan ROS.

"Isu berkaitan ROS adalah kesahihan senarai jawatankuasa kerja pusat (CWC). Oleh itu, isu CWC melantik peguam tidak patut dibangkitkan dalam situasi ini," katanya.


Tags / Kata Kunci: MIC , G. Palanivel

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan